Berita Harian

Pemain industri pelanconga­n ‘hilang arah’

Pelaksanaa­n PKP sejak Mac lalu jejas operasi perniagaan

- Oleh Hamzah Osman, Mohd Khidir Zakaria dan Siti Rohana Idris bhnews@bh.com.my

Imran melihat bot pelancong

Kuala Lumpur: Impak penularan wabak COVID-19 begitu terasa dalam kalangan pemain industri pelanconga­n, termasuk usahawan yang mengendali­kan perniagaan di sepanjang kawasan peranginan di seluruh negara.

Rata-rata mereka melahirkan kebimbanga­n jika masalah ini berlanjuta­n akan terus menjejaska­n operasi perniagaan, selain ratusan penduduk tempatan kehilangan pekerjaan dan hasil pendapatan.

Di Langkawi, kehidupan 149 pengusaha dan pemandu bot pelancong di Jeti Pelanconga­n Sungai Kilim, di sini semakin ‘nazak’ kerana tiada pendapatan berikutan perkhidmat­an membawa penumpang menyusuri Taman Geoforest Karst Kilim dihentikan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa.

Kira-kira 26 pengusaha bot dan 123 pemandu bot menjalani perkhidmat­an itu bernaung bawah Koperasi Komuniti Kampung Kilim

Langkawi Berhad (KKKKLB).

Pengurus KKKKLB, Imran Ismail, berkata sejak pelaksanaa­n PKP, pada 8 Mac lalu, operasi pelanconga­n dikendalik­an pihaknya dihentikan serta-merta.

“Sebelum PKP, koperasi menguruska­n antara 300 hingga 450 perjalanan membawa pelancong beriadah menggunaka­n 108 bot dimiliki ahli setiap hari.

“Pendapatan kasar pengusaha bot mencecah RM500 sehari, tetapi kini mereka sudah tiada pendapatan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Imran berkata, keadaan itu menyebabka­n sebahagian pengusaha dan pemandu bot terpaksa melakukan kerja sampingan termasuk menjadi nelayan separuh masa untuk mencari rezeki.

“Kesan amat besar kerana penularan wabak COVID-19 berlaku ketika sektor pelanconga­n tengah rancak dan memberi pendapatan lumayan kepada koperasi dan ahli.

“Misalnya, 60,000 pelancong menggunaka­n perkhidmat­an bot di sini, pada Disember, menurun kepada 13,000 pada Mac, manakala pada April dan Mei, sifar pengunjung,” katanya.

Di Port Dickson, ramai peniaga tempatan yang beroperasi sejak puluhan tahun turut menerima nasib sama apabila semuanya berubah.

Lokasi ini sudah diiktiraf sebagai Pantai Peranginan Negara sunyi sepi sejak PKP dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sehingga sekarang.

Peniaga kedai minuman di Pantai

Batu 8, Teluk Kemang, Norizati Zainal, 35, berkata beliau akan memulakan perniagaan hari ini biarpun kekurangan pengunjung yang datang ke pantai untuk beriadah.

“Sudah lebih dua bulan saya tidak berniaga dan yang paling terkesan ialah beberapa pekerja terdiri daripada adik-beradik saya hanya bergantung kepada kedatangan pengunjung di kawasan pantai ini.

“Saya mungkin masih boleh bertahan kerana suami masih kerja sebagai kakitangan di Majlis Daerah Port Dickson (MPPD), tetapi nasib lima pekerja yang memerlukan belanja yang bergantung kepada gaji hasil perniagaan di sini, ” katanya, kelmarin.

Katanya, sejak PKPB beberapa peraturan baru diperkenal­kan dan peniaga sudah boleh berniaga, namun perlu ikut SOP dibenarkan.

“Saya akan buka gerai di pantai ini dulu, mungkin selepas ini semakin ramai yang mula berniaga kerana ini sahaja punca pendapatan kami.

“Nasib baik kerajaan banyak membantu seperti Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang sedikit sebanyak membantu sekurang-kurangnya dapat buat bayar hutang motosikal,” katanya.

Bagi peniaga bot pisang, Hanif Sharif, 39, berkata, sejak perniagaan bot pisangnya terhenti akibat pandemik COVID-19 ini, semua empat bot dan bot pisang tersadai di rumahnya.

“Saya ada sembilan pekerja

Hanif memeriksa bot

membantu perniagaan ini, semuanya mengeluh hilang pendapatan. Kali terakhir saya beri gaji RM200 seorang, hujung Mac lalu kerana pendapatan kami bergantung hasil dari sektor pelanconga­n.

“Hampir 10 tahun mengambil alih perniagaan ini daripada orang tua saya, baru kini terasa cabaran cukup besar kerana kami bergantung kehadiran pengunjung ke pantai ini,” katanya.

Hanif berkata, beliau menjangkak­an sepanjang tahun ini perniagaan bot pisang masih tidak boleh beroperasi dan berharap agar COVID-19 segera berakhir.

“Kalau nak mulakan kembali perniagaan ini, saya memerlukan sekurang-kurangnya RM10,000.

Di Kota Bahru, setiap kali cuti sekolah dan perayaan, Bazar Buloh Kubu antara satu lokasi yang dibanjiri pencinta batik terutama pelancong dari luar Kelantan.

Bagaimanap­un, cuti perayaan kali ini sangat berbeza kerana bangunan menyediaka­n lebih 100 lot kedai itu sunyi sepi tanpa kelibat pelanggan.

Seorang pengusaha batik, Mohd Khairunzam­an Ab Rahim, 40, berkata sudah dua bulan iaitu di awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga kini, situasi suram berbanding kelazimann­ya yang meriah, terutama menjelang Aidilfitri.

“Selalunya Aidilfitri memang ditunggu peniaga batik kerana masa untuk mencari produk batik sebagai buah tangan.

“Situasi setiap premis dalam bazar ini akan meriah dengan urusan jual beli dan sesi tawar-menawar berlangsun­g lancar namun kali ini tiada kemeriahan itu.

“Boleh dikatakan 90 peratus pelanggan adalah orang luar (luar Kelantan) dan keterujaan kami untuk jualan batik sudah dibuat sebelum cuti sekolah pada awal Mac lalu, namun tidak disangka negara akan berdepan dengan wabak COVID-19,” katanya ketika ditemui di lot kedainya di sini.

Mohd Khairunzam­an yang turut mempunyai kilang memproses batik di Kuala Besar, Jalan Pantai Cahaya Bulan (PCB), di sini, berkata kilang itu terhenti operasi sejak beberapa hari selepas PKP dan kini mereka menghabisk­an stok yang sempat diproses untuk jualan.

“Nasib baik kami ada beberapa penjual 'dropship' yang menjual batik secara dalam talian, sekurang-kurangnya ada juga yang terjual,” katanya yang mengusahak­an perniagaan itu bersama isteri, Nadia Wan Hamzah, 40.

Nadia berkata, selain berurusnia­ga di bazar itu, beliau juga aktif menjalanka­n perniagaan batik menerusi ekspo pameran, gerai, tetapi dalam tempoh PKP serta PKPB, empat program jualan dibatalkan.

 ?? (Foto Hamzah Osman/bh) ?? yang tersadai berikutan PKP di Jeti Pelanconga­n Sungai Kilim, Langkawi.
(Foto Hamzah Osman/bh) yang tersadai berikutan PKP di Jeti Pelanconga­n Sungai Kilim, Langkawi.
 ?? (Foto Adzlan Sidek/bh) ?? yang tersadai sejak PKP.
(Foto Adzlan Sidek/bh) yang tersadai sejak PKP.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia