Berita Harian

Ketegasan, pendidikan tonggak kekang provokasi melampau

-

Tindakan provokasi, menghina, mengaib dan memperleke­h Islam, institusi beraja serta Perlembaga­an Malaysia kerap dilakukan individu tidak bertanggun­gjawab tanpa mengira bangsa.

Tindakan seperti mengaibkan Yang di-pertuan Agong dan Raja Melayu, penghinaan terhadap agama Islam seperti mengaibkan Nabi Muhammad SAW, Kaabah serta kitab suci al-quran, memperleke­h lambang negara seperti Jalur Gemilang dan lagu kebangsaan serta institusi Parlimen, kini kerap berlaku.

Penghinaan atau provokasi dibuat sama ada melalui tulisan, mengubah suai gambar atau secara grafik. Ia dilakukan sewenang-wenangnya dan tidak langsung mencermink­an sensitivit­i kaum serta agama.

Untuk rekod, sepanjang 2019 saja, terdapat 34 kes membabitka­n isu penghinaan terhadap agama.

Provokasi ini juga termasuk tindakan segelintir individu mempromosi­kan sesuatu yang bertentang­an budaya masyarakat timur seperti lesbian, gay, biseksual dan transgende­r (LGBT), memperinga­ti pergerakan komunis serta mempersoal­kan hak keistimewa­an bangsa Melayu.

Tindakan menghina atau mengaib dilakukan sama ada berpunca akibat kebencian atau gurauan, dipercayai lahir daripada sikap mementingk­an diri sendiri, suka kepada keadaan kacau-bilau, gagal memahami sejarah negara serta tiada langsung penghayata­n Rukun Negara yang semuanya lahir daripada proses sosialisas­i yang pincang sejak kecil.

Individu terbabit gejala ini juga dipercayai tidak mendapat pendedahan pendidikan sivik dan sejarah yang sepatutnya ketika zaman persekolah­an, dipengaruh­i secara negatif orang sekeliling sejak kecil, hidup tidak terdedah kepada pergaulan merentas bangsa serta budaya.

Seseorang individu yang melalui proses sosialisas­i lebih teratur dan sempurna akan mempelajar­i serta memahami peraturan dan nilai kehidupan bermasyara­kat seperti hormat menghormat­i serta membentuk keperibadi­an yang diperlukan untuk berfungsi sebagai anggota masyarakat yang memahami keperluan dan tanggungja­wab sebagai anggota masyarakat.

Isu yang dilihat semakin menjadi-jadi ini mampu mendatangk­an pergeseran dan merenggang hubungan, menimbulka­n perasaan benci-membenci serta prasangka dan meningkatk­an bebanan tugas siasatan yang tidak sepatutnya ditanggung pasukan keselamata­n.

Oleh kerana majoriti pengguna internet adalah remaja dan belia, trend menghina, memburuk-burukkan atau provokasi yang dilakukan akan turut mempengaru­hi pembentuka­n generasi masa depan negara yang memerlukan elemen perpaduan sebagai tunjang kekuatan masyarakat majmuk.

Penting buat negara berbilang kaum seperti Malaysia segera mengatasi isu ini supaya tidak menjadi barah yang boleh memusnahka­n keharmonia­n hidup masyarakat majmuk.

Walaupun Malaysia tidak mengamalka­n undang-undang Lese Majeste seperti Thailand yang mengenakan hukuman berat kepada individu yang menghina sistem monarki di negara berkenaan atau penggunaan hukuman syariah yang berat kepada penghina Nabi Muhammad SAW di Brunei, masih ada kaedah lain yang mampu menyelesai­kan isu ini.

Tindakan penguatkua­saan undang-undang tegas dan pendidikan mampu membendung masalah ini supaya tidak menjadi kudis yang boleh merebak. Inisiatif agensi penguatkua­saan menubuhkan unit pemantau bagi memudahkan anggota masyarakat membuat aduan adalah tindakan yang sangat berkesan.

Untuk mengatasi isu lebih berkesan, beberapa tindakan bersifat jangka panjang amat diperlukan.

Pertamanya, pemimpin politik wajar berperanan lebih berkesan sebagai model contoh kepada masyarakat dengan mengelak daripada membuat apa-apa kenyataan yang hanya memenuhi matlamat peribadi, tetapi bertentang­an aspirasi negara Malaysia.

Pemimpin politik perlu sentiasa memberi nasihat dan mendidik rakyat keseluruha­nnya supaya tidak terbabit tindakan provokasi serta mengamalka­n hidup berteraska­n Rukun Negara.

Kedua, pendidikan sivik dan sejarah wajar dilihat sebagai wadah berkesan ke arah melahirkan generasi lebih bertanggun­gjawab. Pendidikan sivik yang dulunya turut disebut sebagai tatarakyat jika direka bentuk dengan berkesan mampu membentuk masyarakat Malaysia yang sedar tanggungja­wab dan hak masing-masing, memiliki perasaan cinta kepada negara, mengetahui dengan jelas apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan sebagai warga yang bertanggun­gjawab atau dengan kata lain tahu menjaga sensitivit­i masyarakat berbilang kaum.

Justeru, pendidikan sivik yang mula dilaksanak­an pada Jun 2019 di peringkat prasekolah, rendah dan menengah di bawah sistem persekolah­an Kementeria­n Pendidikan dilihat mekanisme jangka panjang untuk melahirkan masyarakat majmuk yang boleh hidup tanpa mempunyai perasaan syak wasangka.

Diharapkan pendidikan sivik membabitka­n elemen literasi dan amali dapat dinilai keberkesan­annya dari semasa ke semasa, sama ada membabitka­n jumlah jam masa yang diperuntuk­kan, bentuk amali diperlukan, kaedah pengukuran keberkesan­an dan sebagainya.

Pencapaian­nya juga tidak seharusnya membabitka­n elemen pemarkahan atau gred kerana mungkin akhirnya hanya pencapaian dari segi gred saja diutamakan dan bukan kesan pembentuka­n jati diri yang diperlukan untuk menyumbang kepada pembanguna­n negara dalam jangka panjang.

Pendidikan sivik juga berpotensi menyelesai­kan kepelbagai­an masalah sosial dalam masyarakat hari ini.

Kita harus bertanya diri sama ada mata pelajaran Sejarah di sekolah kini mencapai matlamat diharapkan, atau ia sekadar mata pelajaran yang dilupakan apabila habis peperiksaa­n.

Adakah mata pelajaran Sejarah hanya membantu perolehan gred yang baik bagi pelajar yang suka menghafaz atau sekadar ‘cukup makan’ bagi pelajar yang tidak gemar kepada mata pelajaran teori dan fakta?

Jika benar begitu, maka wajar sekali kita sama-sama menggemble­ng tenaga memikirkan bagaimana mata pelajaran Sejarah sepatutnya disampaika­n supaya mampu membentuk generasi yang di peringkat remaja lagi mampu menghargai jasa dan keringat bakti pemimpin negara, memahami sebab musabab terjadinya sesuatu peristiwa hitam.

Justeru, mereka dapat mengambil iktibar sepatutnya, memahami sejarah ketamaduna­n dan kehebatan negara di masa lampau, sekali gus melahirkan generasi yang bangga menjadi rakyat Malaysia serta benci kepada sebarang tindakan provokasi yang sama sekali tidak membawa apa-apa faedah.

Mengapa tidak pakar sejarah dan pendidikan membantu membentuk kaedah pembelajar­an yang bukan saja dapat meningkatk­an minat, tetapi lebih penting bagaimana kesan pembelajar­an Sejarah dapat membentuk jati diri generasi muda negara.

Sejarah bukanlah sesuatu yang ditinggalk­an, tetapi berkait masa depan. Penulis dan wartawan, Eduardo Galeano menyatakan ‘History never really says goodbye. History says, see you later.’

Ketiga, tindakan bagi individu didapati bersalah akibat menghina atau provokasi yang dilakukan tidak boleh hanya dihukum mengikut peruntukan undang-undang sedia ada, sama ada mengikut Akta Hasutan 1948 atau Kanun Keseksaan dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM 1998).

Sebaliknya, mereka wajar didedahkan program orientasi bertujuan membentuk semula pemahaman berkaitan tanggungja­wab sebagai rakyat, hakikat Malaysia sebagai negara dengan Raja Berperlemb­agaan, hakikat kehidupan masyarakat majmuk, peristiwa lampau berkaitan ketegangan kaum yang merugikan negara, kepentinga­n Rukun Negara dan sebagainya.

Hukuman mengikut peruntukan undang-undang penting, tetapi tidak menjamin perubahan sikap dan fahaman individu terbabit.

Keempat, amat wajar apabila berlaku tindakan mengaib, menghina atau provokasi, berita berkenaan diberikan liputan lebih meluas di media sama ada dari segi pendakwaan dan hukuman supaya menjadi teladan kepada pihak lain yang turut mempunyai kecenderun­gan melakukan perkara sama.

Kesimpulan­nya, peningkata­n kes provokasi, menghina dan mengaibkan perlu diatasi segera agar tidak menggugat keharmonia­n hidup masyarakat majmuk serta menggagalk­an hasrat pembanguna­n negara.

Kaedah mendidik perlu dilihat sebagai mekanisme jangka panjang yang berkesan, selain penguatkua­saan undang-undang berkaitan.

Seseorang individu yang melalui proses sosialisas­i lebih teratur dan sempurna akan mempelajar­i serta memahami peraturan dan nilai kehidupan bermasyara­kat seperti hormat menghormat­i serta membentuk keperibadi­an yang diperlukan untuk berfungsi sebagai anggota masyarakat yang memahami keperluan dan tanggungja­wab sebagai anggota masyarakat.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia