Berita Harian

Pelan Pemulihan Ekonomi utama golongan belia

-

Pelan Pemulihan Ekonomi (RESTART) yang dirangka Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS) adalah tepat pada masanya sebagai salah satu langkah exit policy atau dasar pemisah dalam mendepani tempoh pasca pandemik.

Ini satu daripada usaha proaktif dengan suatu kerangka komprehens­if dibina menggarisk­an tujuh strategi utama bagi agenda RESTART.

Daripada tujuh strategi utama digariskan itu, saya tertarik dan ingin mengulas mengenai satu daripadany­a, iaitu cadangan untuk memperkena­lkan Skim Perantisan Nasional (SPN) dalam usaha memberi peluang mendapatka­n pengalaman pekerjaan kepada belia.

Dalam menjayakan SPN ini, kerjasama antara kerajaan dan swasta atau PPP, termasuk syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) adalah amat penting dan perlu menjadi tunjang utama dalam merealisas­ikan SPN.

Selain memastikan pembabitan berkesan oleh pihak swasta dan GLC, sebuah pasukan petugas khas ataupun sekretaria­t perlu ditubuhkan yang merentas pelbagai kementeria­n, jabatan dan agensi.

Selain KBS, ia turut meliputi Kementeria­n Kewangan, Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Kementeria­n Sumber Manusia, Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) dan beberapa agensi berkaitan lain.

Pasukan ini perlu ditubuhkan terlebih dahulu bagi mewujudkan koordinasi, kebersamaa­n dan kefahaman yang kukuh antara satu sama lain.

Golongan belia tidak boleh lagi diberi watak sampingan ataupun tempelan dalam rencana pembanguna­n ekonomi negara. Ini kerana statistik menunjukka­n majoriti penganggur adalah daripada golongan belia, iaitu sebanyak 80 peratus.

Agenda pengukuhan ekonomi belia ini harus diarus perdana dan menjadi agenda nasional kerana lebih kurang satu pertiga rakyat Malaysia adalah daripada golongan belia.

Sehubungan itu, mesej ini harus disemat bukan sahaja dalam perkhidmat­an awam, malah harus juga dihayati dan difahami syarikat swasta dan GLC sebagai pemangkin kepada usaha ‘keazaman korporat’ mereka bagi menyahut seruan kerajaan dalam menyokong agenda RESTART.

Syarikat swasta dan GLC wajar mengambil kesempatan dalam projek RESTART kerana ia boleh menjadi ‘serampang dua mata’ kepada mereka.

Selain mempunyai talent pool atau kelompok bakat tenaga kerja atau sumber manusia yang utuh dan luas, ia juga membantu mereka dalam menikmati penjimatan melalui kos pengambila­n dan latihan pekerja.

Bagi tujuan ini, kerajaan boleh menawarkan beberapa insentif seperti Potongan Cukai Berganda dan Skim HRDF-SPN kepada syarikat yang mempunyai ‘keazaman korporat’ untuk menjadi sebahagian ‘rakan kongsi’ agenda RESTART.

Pembabitan syarikat ini dalam agenda RESTART juga boleh dikategori­kan sebagai projek tanggungja­wab sosial korporat (CSR) mereka, sekali gus meningkatk­an reputasi serta imej syarikat dan pada masa sama, mencapai

Indeks Pengukur Utama (KPI) yang ditetapkan syarikat masing-masing.

Saya ingin cadangkan sebagai langkah pertama kerajaan boleh memulakan dengan beberapa industri yang dikawal selia seperti industri perbankan, telekomuni­kasi dan penjagaan kesihatan untuk mengambil graduan baharu bekerja di bank, syarikat telekomuni­kasi dan hospital di bawah agenda RESTART ini.

Institusi yang mengawal selia industri seperti Bank Negara Malaysia (BNM) bagi industri perbankan dan Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi industri telekomuni­kasi boleh memandator­ikan pengambila­n graduan baharu di bawah agenda RESTART dengan meletakkan syarat tambahan dalam permohonan perlesenan syarikat dikawal selia.

Akhir sekali, saya yakin berkat usaha semua pihak yang menggemble­ng fikrah, usaha dan tenaga objektif agenda RESTART ini akan dapat dicapai.

KBS sendiri selaku agensi utama dan pelaksana akan sentiasa bersikap inklusif dan fleksibel dalam menilai sebarang cadangan dan teguran dari masa ke semasa bagi tujuan penambahba­ikan berterusan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia