Berita Harian

Sabar lalui normal baharu di kampus

-

Sedikit masa lagi, pelajar baharu mendaftar masuk ke institusi pengajian tinggi (IPT). Namun tiada lagi tradisi ibu bapa menemani mereka kerana pendaftara­n, temu duga hingga pengajian, semuanya dibuat dalam talian.

Itulah normal baharu diperkenal­kan kerajaan. Bagi pelajar, mereka tentu teruja melangkah kaki ke menara gading, apatah lagi merasai kehidupan siswa di kampus. Belalang yakin ibu bapa mana tak rasa bangga anak mereka belajar di IPT, cuma realiti baharu harus dipatuhi akibat penularan COVID-19.

Sabarlah seketika sehingga COVID-19 berlalu. Mungkin selepas semua reda, ibu bapa pula datang berkunjung dan melihat kehidupan anak dalam suasana lebih selamat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia