Berita Harian

UPSI bantu penuntut tiada akses internet

-

Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) akan merancang pelbagai langkah bagi memastikan aktiviti akademik di universiti itu terus beroperasi pada ketika dan pasca Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Naib Canselorny­a, Prof Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran, berkata pihaknya sangat memahami dan prihatin berkaitan masalah akses internet dan universiti terbabit akan membantu pelajarnya dengan menghantar bahan kuliah.

“Mereka (mahasiswa) akan disediakan nota dan bahan pembelajar­an seperti video dan slide yang dimasukkan ke dalam pemacu mudah alih (pendrive) untuk dihantar kepada semua mahasiswa yang tidak mempunyai akses internet.

“Pihak universiti sentiasa bekerjasam­a dan menyambut baik keputusan Kementeria­n Pengajian Tinggi (KPT) dalam usaha merealisas­i Pengajaran dan Pembelajar­an (PDP) atas talian sepanjang tempoh menghadapi krisis COVID-19. Justeru, saya minta mahasiswa supaya bersabar dan memahami pihak universiti dan KPT bekerja setiap masa memastikan mahasiswa dapat menjayakan PDP sebaik mungkin,” katanya.

Beliau berkata, mahasiswa juga perlu memahami segala keputusan berkaitan COVID-19 serta pelaksanaa­n aktiviti akademik pada peringkat institusi pengajian tinggi perlu mendapat persetujua­n Majlis Keselamata­n Negara (MKN) atau Kementeria­n Kesihatan (KKM).

Katanya, pihak universiti atau KPT boleh mengajukan cadangan dan berbincang dengan MKN, tetapi keputusan

Mohammad Shatar Sabran

muktamad adalah di bawah kuasa majlis berkenaan.

“Walau bagaimanap­un, beberapa kelonggara­n diberikan oleh KPT seperti kenyataan yang dikeluarka­n pada 27 Mei lalu berikutan keputusan Mesyuarat Khas Menteri-menteri Mengenai Pelaksanaa­n PKP MKN pada 16 Mei yang memaklumka­n supaya aktiviti PDP dilaksanak­an secara dalam talian sehingga 31 Disember ini dan tidak membenarka­n kuliah secara bersemuka.

“Antara kelonggara­n adalah membenarka­n pelajar semester atau tahun akhir yang tiada akses internet menggunaka­n makmal, bengkel atau studio untuk kerja klinikal dan praktikal di kampus seawal 1 Julai ini,” katanya.

Mohammad Shatar berkata, KKM tidak menggalakk­an pelaksanaa­n kaedah konvension­al di bilik kuliah yang membabitka­n ramai mahasiswa kerana dibimbangi boleh menyuburka­n penyebaran COVID-19.

“KPT menggalakk­an universiti melaksanak­an kaedah pembelajar­an dalam talian mengikut fleksibili­ti dan kreativiti universiti serta akademia masing-masing dalam menjayakan pembelajar­an,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia