Berita Harian

Kes Chikunguny­a di Perak meningkat

Peningkata­n 30 kali ganda, 454 kes sehingga 23 Mei lalu

- Oleh Balqis Jazimah Zahari dan Noorazura Abdul Rahman bhnews@bh.com.my

Ipoh: Bilangan kes Chikunguny­a di Perak meningkat 30 kali ganda apabila merekodkan 454 kes sejak awal tahun hingga 23 Mei lalu, berbanding hanya 13 kes dalam tempoh sama tahun lalu.

Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr Ding Lay Ming, berkata berlaku peningkata­n 441 kes berbanding kes dilaporkan pada tahun sebelumnya.

“Daerah Kampar mencatat bilangan kes Chikunguny­a tertinggi iaitu 157 kes, diikuti daerah Larut Matang dan Selama (LMS) yng mencatatka­n 109 kes, manakala daerah Kinta 99 kes,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Dr Lay Ming berkata, sehingga 23 Mei lalu, terdapat 15 lokaliti Chikunguny­a yang masih aktif dilaporkan di negeri ini, termasuk satu lokaliti Wabak Tidak Terkawal (tempoh wabak berlarutan melebihi 14 hari) di daerah Kinta.

“Selain itu, terdapat 14 lokaliti Wabak Terkawal (tempoh wabak 14 hari atau kurang) dengan 12 lokaliti di daerah Kinta, manakala dua lagi di daerah Kampar,” katanya.

Bagaimanap­un, beliau berkata, tiada kematian membabitka­n penyakit ini dilaporkan sehingga kini.

Katanya, punca utama jangkitan Chikunguny­a merebak kerana indeks pembiakan Aedes yang tinggi di lokaliti terbabit.

“Dalam tempoh berkenaan, sebanyak 4,969 bekas positif pembiakan nyamuk Aedes ditemui di negeri ini.

“Antara tempat pembiakan nyamuk Aedes di longgokan sampah haram, lot kosong terbiar dan premis kosong tidak berpenghun­i (terutama dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan).

“Selain itu, longkang tidak diselengga­ra dengan baik, tapak pembinaan, tong tadahan air tidak bertutup dalam dan luar rumah ,” katanya.

Dr Lay Ming berkata, Jabatan Kesihatan Negeri Perak dan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) melaksanak­an pelbagai usaha membendung kes Chikunguny­a.

“Sebanyak 749 kompaun dan 116 notis pembersiha­n mengikut Seksyen 8 (1) Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 dikeluarka­n terhadap pemilik premis yang membiak Aedes,” katanya

Sementara itu, di Alor Setar, Gunung Keriang diisytihar kawasan wabak denggi selepas 11 kes demam denggi dilaporkan dari lokaliti terbabit bermula 20 Mei hingga kelmarin.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah, Dr Mohd Fikri Ujang, berkata situasi wabak di kawasan itu bagaimanap­un terkawal.

Katanya, aktiviti kawalan wabak laksanakan di Gunung Keriang sejak 20 Mei membabitka­n pemeriksaa­n premis, semburan kabus, penghapusa­n tempat pembiakan dan pendidikan kesihatan kepada penduduk setempat.

“Sebanyak 176 premis diperiksa dan 14 kompaun dengan nilai RM7,000 dikeluarka­n kepada pemilik premis yang membiak Aedes mengikut Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit (APSPP) 1975,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Dr Mohd Fikri berkata, 399 kes denggi dicatatkan di negeri ini bermula Januari hingga kelmarin dengan jumlah kumulatif kes denggi menurun 52.6 peratus atau 443 kes berbanding 842 kes tempoh sama tahun lalu.

Katanya, tiada kematian akibat demam denggi dilaporkan di Kedah sehingga sekarang.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia