Berita Harian

7 sekeluarga melecur rumah terbakar

-

Shah Alam: Tujuh daripada lapan sekeluarga melecur ketika cuba menyelamat­kan diri dalam kebakaran sebuah rumah di Taman Cahaya Alam, Seksyen U12, awal pagi semalam.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.36 pagi dan sepasukan pegawai serta anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Anggerik dan BBP Shah Alam bergegas ke lokasi kejadian.

“Kebakaran itu membabitka­n sebuah rumah teres dua tingkat yang terbakar 100 peratus.

“Ketika kejadian, difahamkan semua mangsa tidur di tingkat atas rumah dan menurut laporan mangsa, kebakaran berpunca dari tingkat bawah rumah.

“Disebabkan terperangk­ap, semua mangsa bertindak terjun dari tingkat atas rumah untuk menyelamat­kan diri,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Beliau berkata, rumah berkenaan didiami lapan sekeluarga iaitu sepasang suami isteri dan enam anak berusia antara empat hingga 17 tahun.

Katanya, hanya anak pasangan itu yang berusia 14 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan, manakala tujuh mangsa yang melecur dibawa ke Hospital Shah Alam untuk rawatan lanjut.

Difahamkan semua mangsa tidur di tingkat atas dan menurut laporan mangsa, kebakaran berpunca dari tingkat bawah rumah.

Norazam Khamis, Pengarah JBPM Selangor

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia