Berita Harian

Usia 8 tahun sudah mula hisap rokok

CAP seru kerajaan tegas elak kanak-kanak, belia terus dimanipula­si industri tembakau

-

Georgetown: Mungkin fakta ini agak mengejutka­n, namun ia benar berlaku apabila kanak-kanak berusia lapan tahun di negara ini sudah pandai menghisap rokok.

Pegawai Pendidikan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), NV Subbarow, fakta itu adalah hasil dapatan daripada tinjauan CAP berkenaan penggunaan rokok dalam kalangan belia.

Beliau berkata, hasil tinjauan mendapati kanak-kanak seawal usia lima hingga tujuh tahun sudah mula terdedah dengan rokok apabila mereka disuruh untuk membeli rokok oleh bapa di kedai runcit.

“Selain itu, akses untuk mendapatka­n rokok ini mudah kerana ada peniaga kedai yang menjual sebatang rokok, tak perlu beli sekotak rokok. Jadi, dari sini kanak-kanak ini mula belajar dengan membeli sebatang rokok dan cuba menghisapn­ya,” katanya.

Justeru, sempena sambutan Hari Tanpa Tembakau Sedunia, hari ini dengan tema ‘Belia’ beliau menyeru kerajaan supaya lebih tegas dalam melindungi golongan belia, termasuk kanak-kanak daripada terus dimanipula­si oleh industri tembakau dengan melarang penggunaan rokok dalam kalangan mereka.

Subbarow berkata, pihak Jabatan Belia dan Sukan juga harus agresif dalam memberikan penerangan dan pendedahan kepada belia akan impak besar dan risiko yang bakal diperoleh hasil daripada merokok.

“Kita lihat Jabatan Belia dan Sukan ini lebih menumpukan pada aspek mencungkil bakat belia dalam bidang sukan seperti bola sepak, namun dari sudut penggunaan bahaya merokok ini amat kurang.

“Sepatutnya perkara ini perlu lebih diberi perhatian kerana ia mengancam nyawa apatah lagi golongan belia adalah harapan negara,” katanya.

Beliau berkata, penekanan kepada penguatkua­saan juga harus diberi keutamaan, selain didikan ibu bapa yang bermula dari rumah.

Presiden CAP, Mohideen Abdul Kader, berkata kira-kira lima juta perokok di Malaysia dan 10 peratus daripada jumlah itu berusia di bawah 19 tahun.

“Ketika CAP membuat tinjauan pada 2019, CAP terkejut mendapati murid sekolah menghisap vape, malah terbabit menjual isian semula e-cecair bagi alat e-rokok.

“Pada penghujung 2019, ada kira-kira 7,000 perasa e-rokok di pasaran. Kepelbagai­an perasa yang tersedia adalah untuk memikat pembeli dan menjadikan­nya satu tabiat atau ketagih kepada nikotina,” katanya.

Memetik laporan khas Philip Morris pada 1981, beliau berkata, laporan itu menyebut majoriti perokok

NV Subbarow

mula merokok ketika usia belasan tahun dan belia hari ini bakal menjadi pelanggan tetap rokok pada masa depan dengan mula membuat pilihan jenama pada usia remaja.

Sehubungan itu, Mohideen berkata, pihaknya mendesak kerajaan supaya memperkena­lkan Akta Kawalan Tembakau bagi menggantik­an Peraturan Kawalan Produk Tembakau (CTPR) 1993 yang tertakluk di bawah Akta Makanan 1983.

Beliau berkata, tanpa pengekanga­n dalam industri, adalah mustahil untuk mengurangk­an RM7.4 bilion yang diperlukan oleh kerajaan untuk merawat penyakit utama yang dikaitkan dengan tabiat merokok menjelang 2025.

Katanya, Kementeria­n Pendidikan juga boleh mempertimb­angkan cadangan untuk menjadikan isu kawalan tembakau sebagai sebahagian daripada silibus pendidikan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia