Berita Harian

Ku Abd Rahman pengerusi baharu KEDA

-

Ku Abd Rahman Ku Ismail

Kuala Lumpur: Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar (KPLB) semalam mengumumka­n pelantikan Datuk Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) yang baharu, berkuat kuasa 1 Jun.

Menteri Pembanguna­n Luar Bandar, Datuk Dr Abd Latiff Ahmad, berkata kementeria­n yakin dengan ketokohan, keupayaan, kepakaran dan pengalaman­nya yang luas, Ku Abd Rahman dapat memberikan perkhidmat­an yang cemerlang untuk kemajuan agensi pada masa akan datang.

“Sebagai agensi Kerajaan Persekutua­n di bawah KPLB, KEDA dipertangg­ungjawabka­n dalam pelbagai aspek pembanguna­n dan komited dalam melaksana program pembanguna­n dan perkhidmat­an yang berkualiti bagi memenuhi kepuasan pelanggan berteraska­n perkhidmat­an yang cekap, amanah, berkesan dan mesra bagi mencapai matlamat mensejahte­rakan luar bandar,” katanya dalam kenyataan di sini.

Ku Abd Rahman berkelulus­an Doktor Falsafah (PHD) dalam bidang Sains Getah (Rubber Science) dari Loughborou­gh University, England, United Kingdom.

Di samping itu, beliau turut memperoleh Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam bidang Sains dan Teknologi Polimer dari North London University, England dan Ijazah Sarjana dalam bidang sama dari Loughborou­gh University.

Sebelum ini, beliau berkhidmat sebagai Presiden Pusat Persahabat­an dan Perdaganga­n Malaysia (Defacto Ambassador, Ketua Perwakilan) di Taiwan (2005-2007) dan Pengarah Urusan Kumpulan Bina Darul Aman Bhd (2001-2004). BERNAMA

Ku Abd Rahman dapat berikan perkhidmat­an yang cemerlang untuk kemajuan agensi pada masa akan datang.

Abd Latiff Ahmad,

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia