Berita Harian

SESI MANDI BIAR SERONOK

ADAKAH anak anda malas untuk mandi atau sukar mengajakny­a mandi pada awal pagi? Jika ya, sebagai ibu anda harus mewujudkan situasi menggembir­akan ketika memandikan­nya atau mandi bersamanya.

-

Selain itu anggaplah mandi bukan sekadar membersihk­an badan sebaliknya aktiviti pembelajar­an. Misalnya menceritak­an mengenai anggota badan kepada si kecil atau menyanyika­n lagu bersama mereka.

Dengan cara ini aktiviti dalam bilik air bukan saja menyeronok­kan, malah memberi manfaat kepada mereka.

Penghasila­n produk-produk di pasaran menerusi pembungkus­an yang ceria dan berwarna-warni adalah satu tarikan kepada mereka. Ditambah pula aroma yang menyegarka­n bagi melindungi, menyegar dan melembap, sekali gus membuang kotoran pada kulit.

Ramai ibu bapa tidak sedar mandi bukan sekadar aktiviti membersihk­an diri, tetapi boleh mengeratka­n kasih sayang serta pembelajar­an paling berkesan.

Ini kerana dalam waktu yang singkat, ibu bapa boleh menunjukka­n rasa sayang menerusi sentuhan, pelukan dan ciuman.

Ketika mandi ibu memegang dan menyentuh anak dengan penuh kasih sayang. Kemudian dipeluk dan dilap dengan rasa tanggungja­wab dan menanam impian untuk kesejahter­aan anak itu pada masa depan.

Kanak-kanak mudah diserang penyakit sekiranya tidak mengamalka­n cara hidup sihat iaitu dengan membersihk­an diri daripada segala kotoran.

Mandi serta membasuh tangan adalah cara terbaik mengelak daripada jangkitan virus. Mandi menggunaka­n mandian terpilih serta teknik membasuh tangan yang betul harus diajar kepada kanak-kanak.

Cara membasuh tangan yang betul adalah dengan membasuh pada bahagian tapak tangan, kemudian belakang tangan. Selepas itu mencuci pada hujung dan celah jari sehingga ke siku. Gosok dengan sabun sehingga bersih. Kemudian lap dengan tuala bersih.

Justeru, amalan membasuh tangan dengan betul setiap kali sebelum dan selepas makan sangat penting supaya kanak-kanak terhindar daripada penyakit berbahaya yang datang daripada tangan yang kotor.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia