Berita Harian

Hanya 63 masih dirawat di hospital China

-

Beijing: Susulan 11 pesakit COVID-19 yang keluar hospital pagi semalam di China, kini hanya tinggal 63 pesakit masih menerima rawatan di tanah besar itu.

Selain itu, Suruhanjay­a Kesihatan Kebangsaan (NHC) turut mengumumka­n bahawa empat lagi kes import virus itu direkodkan kelmarin, menjadikan jumlah kumulatif 1,738 kes import.

Secara keseluruha­n, 78,302 pesakit sudah sembuh dan dibenar meninggalk­an hospital setakat kelmarin, daripada 82,999 kes jangkitan, manakala 4,634 orang terkorban akibat virus itu.

Menurut NHC, dua kes baharu dilaporkan di wilayah Shandong, masing-masing satu di Shanghai dan Guangdong, selain satu kes import di Shanghai.

Daripada semua kes import itu, 1,692 pesakit sudah sembuh dan meninggalk­an hospital, manakala 46 lagi masih dirawat. Tiada kematian dilaporkan dalam kalangan kes import.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia