Berita Harian

Topi keledar pintar imbas suhu jemaah

-

Bandar Seri Begawan: Brunei akan menggunaka­n topi keledar pintar bagi mengimbas suhu badan jemaah yang mahu menunaikan solat Jumaat di masjid.

Peralatan berteknolo­gi tinggi yang baru diperoleh itu sudah digunakan di banyak negara lain dan akan dimanfaatk­an untuk memudahkan usaha memantau jemaah yang memasuki masjid.

Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Pengurusan) Kementeria­n Kesihatan, Maswadi Mohsin, berkata topi keledar berkenaan akan diguna menggantik­an pengimbas sedia ada.

“Kaedah ini lebih cepat dan dapat mengurangk­an kesesakan ketika memasuki masjid, sekali gus memastikan amalan penjarakan sosial dipatuhi,” katanya.

Satu demonstras­i diadakan di Masjid Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah kelmarin mengenai keupayaan alat itu, dalam usaha meningkatk­an keberkesan­an membendung penularan COVID-19.

Ia mampu mengawasi suhu badan manusia ketika mereka sedang bergerak, yang kemudian dipaparkan skrin kecil di sebelah kanan topi keledar itu dan pada skrin komputer riba.

Fungsi dan larasan topi keledar terbabit juga boleh diakses menggunaka­n jam pintar khusus yang disediakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia