Berita Harian

Pasukan pengaman PBB catat kematian pertama

Dua anggota tentera bertugas di Mali jadi mangsa

-

New York: Pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mencatatka­n kematian pertama akibat COVID-19 membabitka­n dua anggota bertugas di Mali.

Kedua-dua mangsa itu ialah sebahagian daripada kira-kira 100,000 anggota tentera yang ditugaskan di bawah naungan PBB dalam 15 misi berbeza di seluruh dunia.

Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres, yang memaklumka­n perkara itu semalam, berkata seorang mangsa meninggal dunia Rabu lalu, manakala seorang lagi semalam.

“Salah seorang anggota tentera terbabit adalah dari Kemboja, manakala seorang lagi dari El Salvador.

“Kedua-dua mereka adalah anggota pasukan pengaman

PBB di Mali (MINUSMA),” katanya pada mesyuarat secara maya di ibu pejabat agensi itu semalam.

Menurut PBB, setakat kelmarin sebanyak 137 kes COVID-19 direkodkan sepanjang tempoh misi pengaman meliputi anggota tentera, pegawai polis, orang awam dan kakitangan bersekutu, dengan 53 daripadany­a sembuh serta dua kematian.

MINUSMA adalah misi paling terkesan dengan mencatatka­n 90 jangkitan, termasuk 43 kes sudah sembuh dan dua terkorban. Misi yang kedua teruk terjejas akibat COVID-19 ialah di Republik Demokratik Congo (MONUSCO) dengan 21 jangkitan dan tiga kes sudah sembuh, manakala di Republik Afrika Tengah pula, 17 kes jangkitan direkodkan serta dua pesakit yang pulih.

Menurut PBB lagi, kes lain turut dilaporkan dalam kalangan anggota pasukan pengaman di Sudan Selatan, Libya, Israel dan Darfur.

Tahun lalu, seramai 83 anggota tentera, polis dan orang awam di 39 negara terbunuh ketika misi pengaman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia