Berita Harian

Taiwan lulus guna remdesivir rawat virus

-

Taipei: Kerajaan Taiwan semalam meluluskan penggunaan ubat antiviral remdesivir keluaran Gilead Sciences (Gilead), yang dilihat berpotensi merawat COVID-19.

Kerajaan kini berusaha meningkatk­an bekalan remdesivir, yang diluluskan pengawal selia Amerika Syarikat (AS) bulan ini bagi penggunaan kecemasan.

Gilead, yang berpusat di California, AS, berkata ia akan mendermaka­n 1.5 juta dos remdesivir yang mencukupi untuk merawat sekurang-kurangnya 140,000 pesakit, dalam usaha memerangi pandemik global itu.

Pusat Kawalan Epidemik Taiwan berkata Pentadbira­n Makanan dan Ubat-ubatan Taiwan mempertimb­angkan fakta keberkesan­an dan keselamata­n remdesivir disokong oleh bukti awal serta penggunaan­nya yang diluluskan oleh negara lain.

Berdasarka­n asas itu, pusat terbabit berkata syarat sudah dipenuhi untuk kelulusan ubat berkenaan bagi penggunaan dalam kalangan pesakit menunjukka­n jangkitan COVID-19 yang serius.

Taiwan berjaya menghalang penyebaran COVID-19 berikutan pengesanan awal dan usaha pencegahan serta sistem kesihatan awamnya yang berada pada taraf tertinggi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia