Berita Harian

AS umum putus hubungan dengan WHO

-

Washington: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, kelmarin mengumumka­n mahu memutuskan hubungan negara itu dengan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Tindakan itu menyusuli dakwaan bahawa badan dunia itu gagal mengambil tindakan memadai dalam menangani krisis COVID-19 pada peringkat awal penularan virus itu.

Bulan lalu, Trump mula menggantun­g dana AS kepada WHO dengan menuduh wujud salah laku dalam agensi di bawah naungan Pertubuhan Bangsabang­sa Bersatu (PBB) itu ketika mengendali­kan pandemik global itu.

Baru-baru ini, beliau mendakwa WHO sebagai ‘boneka’ China pula dan menyatakan bahawa pembekuan dana itu akan menjadi tindakan kekal kecuali pertubuhan terbabit berkenaan melakukan ‘penambahba­ikan substantif’.

“Disebabkan mereka gagal melakukan pembaharua­n yang diminta dan amat diperlukan, kita akan memutuskan hubungan dengan WHO,” kata Trump kepada pemberita kelmarin.

Pemimpin Republikan itu berkata, AS akan memanfaatk­an dana yang sebelum ini diperuntuk­kan kepada WHO itu 'bagi keperluan mendesak kesihatan awam global lain di seluruh dunia'.

“Pada masa sama, dunia memerlukan penjelasan daripada China mengenai virus ini, kita mesti bersikap telus,” katanya.

Bagaimanap­un, Beijing tegas menafikan tuduhan AS bahawa negara itu cuba menutup ancaman virus terbabit ketika ia mula dikesan di Wuhan akhir tahun lalu.

Sebaliknya, China mendakwa

Kakitangan kesihatan dilengkapi sut

Washington cuba melepaskan tanggungja­wabnya kepada WHO dan cuba mengalihka­n kelemahan tindak balas AS sendiri dalam menangani wabak itu kepada pihak lain.

AS adalah penyumbang dana terbesar kepada WHO dengan menyalurka­n peruntukan sekurang-kurang AS$400 juta (RM1.74 bilion) tahun lalu.

Awal minggu ini, WHO melancarka­n sebuah yayasan baharu yang dikendalik­an secara bebas untuk sumbangan persendiri­an.

WHO berharap ia akan memberikan pertubuhan itu lebih banyak kawalan bagi menyalurka­n sumbangan awam dan dermawan ke arah masalah mendesak seperti krisis COVID-19.

Sebahagian besar dana WHO adalah hasil sumbangan sukarela dari negara dan penyumbang lain yang disalurkan terus ke bidang pilihan mereka. Justeru, WHO hanya mempunyai kawalan terhadap perbelanja­an ‘sumbangan dinilai’ daripada negara anggota yang dihitung berdasarka­n kekayaan serta jumlah penduduk masingmasi­ng.

Bagaimanap­un, Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesu­s, menegaskan bahawa pembentuka­n yayasan baharu itu tiada kaitan dengan ancaman Trump.

“Ia tiada kaitan dengan isu dana AS baru-baru ini,” katanya sambil menjelaska­n bahawa kewangan lebih anjal adalah antara perancanga­n pembaharua­n jangka panjang beliau sejak mengambil alih pentadbira­n WHO pada Julai 2017.

Pada masa sama, dunia memerlukan penjelasan daripada China mengenai virus ini, kita mesti bersikap telus.

Donald Trump, Presiden Amerika Syarikat

 ?? (Foto AFP) ?? keselamata­n menjalanka­n ujian saringan secara pandu lalu di Bowie maryland. Pihak berkuasa Maryland menawarkan ujian saringan kepada orang ramai secara percuma bagi membendung penularan COVID-19.
(Foto AFP) keselamata­n menjalanka­n ujian saringan secara pandu lalu di Bowie maryland. Pihak berkuasa Maryland menawarkan ujian saringan kepada orang ramai secara percuma bagi membendung penularan COVID-19.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia