Berita Harian

Tampal gigi berlubang guna kit dalam talian

-

Salisbury: Perintah larangan di United Kingdom (UK) yang tidak membenarka­n klinik gigi dibuka, memaksa penduduk Britain menjadi ‘doktor gigi’ jika terdesak.

Itulah pengalaman Dominic Price apabila menghubung­i doktor bagi mendapatka­n temu janji kerana giginya yang berlubang perlu ditampal tetapi diminta menampalny­a sendiri menggunaka­n kit tampalan dibeli secara dalam talian.

“Ketika di bawah perintah berkurung, saya mengunyah gula-gula dan tiba-tiba terasa sesuatu yang keras dalam mulut dan menyedari ada tampalan tertanggal.

“Saya menghubung­i doktor gigi bagi membuat temu janji, namun hampir tidak percaya apabila diminta menampalny­a sendiri kerana klinik gigi dilarang beroperasi,” katanya.

Price dimaklumka­n bahawa perkhidmat­an kecemasan pergigian hanya terhad kepada sesiapa yang perlu mencabut gigi, manakala yang mahu menampal gigi boleh melakukann­ya sendiri.

Beliau kemudian membeli kit tampalan gigi secara dalam talian dan isterinya, Susie, bertindak sebagai ‘doktor gigi’ berpanduka­n arahan pada kit berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia