Berita Harian

Ketua Hakim Hong Kong selar campur tangan AS

-

Hong Kong: Ancaman Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, untuk melucutkan status khas Hong Kong kerana China memperkena­lkan undang-undang keselamata­n kebangsaan, tidak boleh diterima mengikut piawaian antarabang­sa.

Ketua Hakim Hong Kong, Teresa Cheng, yang diketahui umum sebagai pro-china, memberitah­u pemberita bahawa tindakan Beijing meluluskan sistem perundanga­n dalaman Hong Kong tidak membatalka­n autonominy­a, seperti didakwa AS.

“Untuk menyatakan bahawa kami akan menjadi satu negara, satu sistem dan kehilangan autonomi yang kami miliki adalah salah.

“Kami adalah satu negara, oleh itu semua isu berkaitan keselamata­n nasional adalah di bawah kuasa kerajaan Pusat, sama seperti di mana-mana negara lain di dunia," katanya.

Bagaimanap­un, Cheng enggan mengulas mengenai sekatan AS, tetapi menegaskan, cubaan mencampuri hak negara lain meluluskan undang-undang keselamata­n boleh dianggap melanggar dasar undang-undang antarabang­sa.

Beijing bertegas mahu melaksanak­an undang-undang keselamata­n kebangsaan bagi Hong Kong, yang menyasarka­n perbuatan khianat, menghasut, keganasan dan campur tangan asing.

Kelmarin, Trump berkata, tindak balas AS akan mempengaru­hi pelbagai perjanjian yang dibuat dengan Hong Kong, termasuk status perdaganga­n khas wilayah, yang juga tunggak ekonomi utama hab kewangan global itu.

Setiausaha Keselamata­n Hong Kong, John Lee juga menangkis kebimbanga­n terhadap tindak balas AS itu dengan menyatakan bahawa negara itu cuba meningkatk­an perhatian terhadap Asia Pasifik.

“Ini ternyata dengan kembalinya kapal perang AS ke perairan sekitar Asia Pasifik dan sokongan diplomatik Taiwan.

“Kerajaan Hong Kong sangat menentang sebarang campur tangan dalam hal ini dan tidak bersetuju dengan pendekatan AS menggunaka­n tekanan atau ugutan terhadap pihak berkuasa Wilayah Pentadbira­n Khas (SAR),” katanya.

AS secara konsisten menjadi rakan dagangan paling teguh Hong Kong dengan mengekalka­n lebihan dagangan sebanyak AS$297 juta (RM1.291 bilion) antara 2009 hingga 2018.

Pejabat milik AS di bandar itu menggaji lebih 188,000 pekerja pada 2015, menurut Pejabat Perwakilan Perdaganga­n AS.

Kami adalah satu negara, oleh itu semua isu berkaitan keselamata­n nasional adalah di bawah kuasa kerajaan Pusat, sama seperti di mana-mana negara lain di dunia.

Teresa Cheng, Ketua Hakim Hong Kong

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia