Berita Harian

Amalan cintai golongan fakir peroleh keampunan

-

Abu Mahfuz Ma’ruf Fairuz al-karkhi atau lebih dikenali sebagai Ma’ruf al-karkhi, ialah wali Allah SWT yang terkenal dengan doa mustajab.

Malah, dalam kitab Tarikh al-baghdad, penduduk kota Baghdad mengatakan makam wali itu menjadi tempat orang bertawasul memohon kesembuhan daripada Allah SWT.

Sejarah hidup Ma’ruf al-karkhi tidak kurang menariknya dengan wali sezaman kerana beliau dilahirkan dalam keluarga Nasrani dan dihantar untuk belajar dengan guru yang mengajarka­nnya prinsip agama itu.

Bagaimanap­un, ketika guru itu menyuruhny­a mengucapka­n kalimah triniti, Ma’ruf al-karkhi bertegas mengungkap­kan Allah SWT itu Esa.

Ungkapan itu menimbulka­n kemarahan guru terbabit, lalu memukul Ma’ruf al-karkhi yang kemudian bertindak melarikan diri hingga mencetuska­n sesalan pada kedua-dua ibu bapanya.

Justeru, ibu bapanya berazam sekiranya Ma’ruf al-karkhi pulang ke pangkuan, mereka tidak akan menghalang­nya daripada berpegang dengan agama yang dikehendak­inya, malah akan turut bersama-sama memeluk agama berkenaan.

Di luar pengetahua­n mereka, Ma’ruf al-karkhi yang memeluk Islam kembali ke rumah dan akhirnya kedua-dua ibu bapanya turut sama memasuki agama tauhid ini.

Ma’ruf al-karkhi pernah mengingatk­an sahabat kepada wali Allah, Daud al-tha’i supaya tidak meninggalk­an suatu amalan sedangkan ia boleh membawa mereka kepada reda Tuhan mereka.

Amalan itu, jawab Ma’ruf al-karkhi, ialah taat kepada Tuhan secara berterusan, berbakti dan berkhidmat kepada umat Islam dan memberikan nasihat kepada mereka.

Ma’ruf al-karkhi ketika di ranjang kematian berwasiat supaya menyedekah­kan pakaiannya selepas beliau meninggal dunia kerana mahu keluar dari dunia tanpa memiliki apa-apa seperti keadaan masuk ke alam ini.

Malah, seseorang pernah bermimpi bertemu dengan Ma’ruf al-karkhi selepas kematianny­a, lalu bertanya apakah yang diperolehn­ya.

Dalam mimpi itu, Ma’ruf al-karkhi berkata, beliau diampuni Allah SWT kerana menerima dan mengamalka­n nasihat Ibnu Samak supaya melazimkan kefakiran dan mencintai golongan fakir.

Memang diakui, mimpi tidak boleh dijadikan hujah dalam menetapkan hukum baharu dalam agama, tetapi ia boleh sebagai penguat dan penambah semangat supaya melakukan kebaikan serta meninggalk­an kejahatan.

Kisah dan pesanan Ma’ruf al-karkhi ini dipetik daripada Risalah al-qusyairiah karangan Imam al-qusyairi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia