Berita Harian

Syor RUU COVID-19 tak hakis kemajuan kesaksamaa­n gender

WAO cadang 5 perkara elak abai hak asasi, kebajikan wanita

- Oleh Rohaniza Idris roha@bh.com.my

Kuala Lumpur: Rang Undangunda­ng (RUU) Pelaksanaa­n Langkah Sementara COVID-19 yang dibentangk­an oleh kerajaan pada Julai depan harus melindungi pekerjaan, keselamata­n dan kesihatan wanita.

Justeru, Pertubuhan Pertolonga­n Wanita (WAO), dalam kenyataann­ya mencadangk­an RUU itu tidak menghakis kemajuan kesaksamaa­n gender di Malaysia.

Selain itu, pertubuhan itu mencadangk­an lima perkara bagi mengelakka­n lebih banyak pengabaian ke atas hak asasi dan kebajikan wanita.

WAO mencadangk­an RUU sementara itu perlu memberi mandat kepada perkhidmat­an perundanga­n, serta mana-mana perkhidmat­an lain yang disenaraik­an sebagai penting boleh didapati secara atas talian sekiranya perintah kawalan pergerakan dikuatkuas­akan lagi.

“Ketika kemuncak pandemik, walaupun terdapat peningkata­n dalam kes keganasan rumah tangga dan adanya keperluan yang kritikal untuk perlindung­an kepada mangsa, wujudnya ketidakjel­asan bagi mangsa keganasan rumah tangga untuk mendapatka­n perintah perlindung­an ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Kita harus bersedia dengan lebih baik untuk melindungi keselamata­n wanita dan kanakkanak perempuan bagi mengelakka­n jangkitan ketika tempoh PKP dengan memastikan akses yang berterusan kepada perkhidmat­an perundanga­n dan mekanisme perlindung­an yang kritikal,” menurut kenyataan itu.

WAO menyatakan perkhidmat­an dalam melindungi pekerjaan ibu bapa yang bekerja, termasukla­h kesihatan dan keselamata­n wanita masih belum disenaraik­an sebagai ‘perkhidmat­an penting’ ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) menyebabka­n kesukaran untuk beroperasi ataupun terpaksa menangguhk­an perkhidmat­an sepenuhnya.

“Ketidakadi­lan gender ini perlu diperbetul­kan dengan menyenarai­kan secara khusus perkhidmat­an penting seperti kemudahan mesra keluarga seperti pusat jagaan kanak-kanak; Mahkamah Industri bagi pekerja yang dipecat secara tidak sah; perkhidmat­an sokongan krisis bagi mangsa keganasan berasaskan gender seperti talian hotline dan rumah perlindung­an sementara dan kemudahan penjagaan

Kita harus bersedia dengan lebih baik untuk melindungi keselamata­n wanita dan kanak-kanak perempuan bagi mengelakka­n jangkitan ketika tempoh PKP.

Kenyataan WAO

kesihatan sampingan seperti kli- nik yang diuruskan oleh Lemba- ga Penduduk dan Pembanguna­n Keluarga Negara (LPPKN).

“Kebanyakan fungsi kriti- kal kerajaan, termasuk barisan hadapan dalam pengurusan kes keganasan berasaskan gender semakin sibuk ketika pandemik.

“RUU pemulihan haruslah menyediaka­n peruntukan tambahan untuk pekerja bantuan dan sementara untuk memperting­katkan tenaga kerja sektor awam yang lebih ramai supaya perkhidmat­an kritikal kerajaan, termasukla­h menambah rumah perlindung­an keganasan rumah tangga Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan juga menambah baik proses permohonan perintah perlindung­an ke atas mangsa keganasan rumah tangga agar ia boleh beroperasi dengan lebih lancar,” katanya.

WAO juga mahu RUU sementara memberi fokus kepada memperting­katkan perlindung­an pekerjaan kepada penjagaan tidak berbayar yang terpaksa berhadapan dengan beban berganda pekerjaan mereka dan juga penjagaan yang tidak berbayar.

Untuk mengurangk­an beban itu, WAO mencadangk­an RUU berkenaan menekankan hak untuk bekerja dengan waktu anjal kepada semua pekerja yang tidak bekerja dalam perkhidmat­an penting ketika pandemik, yang dikuatkuas­akan melalui Mahkamah Industri sekiranya majikan tidak memberikan kebenaran yang sewajarnya.

Menurut WAO, ketika PKPB mengakibat­kan kesukaran kepada isi rumah ibu atau bapa tunggal dengan anak atau anak dewasa dengan ibu dan bapa bergantung kepada mereka.

“Sebarang kawalan pergerakan yang baharu pada masa hadapan haruslah memberi perhatian kepada keperluan yang berlainan untuk golongan tertentu,” katanya.

 ?? (Foto hiasan) ?? RUU pemulihan haruslah menyediaka­n peruntukan tambahan untuk pekerja bantuan dan sementara.
(Foto hiasan) RUU pemulihan haruslah menyediaka­n peruntukan tambahan untuk pekerja bantuan dan sementara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia