Berita Harian

Wakil Malaysia dinobat Miss Eco Internatio­nal 2019

-

Kuala Lumpur: Wakil Malaysia, Amy Nur Tinie Abdul Aziz diumumkan sebagai Miss Eco Internatio­nal 2019 selepas penyandang anugerah ratu cantik alam sekitar itu ditarik balik kemenangan­nya.

Perkara itu diumumkan penganjur Miss Eco Internatio­nal dalam Facebook rasminya, semalam.

Amy Nur Tinie, 24, pemenang tempat kedua pertanding­an itu diumumkan Miss Eco Internatio­nal 2019 baharu selepas ratu cantik dari Peru, Suheyn Cipriani mengandung dan tidak dapat menjalanka­n tugasnya sepanjang tempoh itu.

Dilaporkan tempat ratu cantik itu sepatutnya diisi Ratu Cantik dari Filipina, Maureen Montagne yang memenangi tempat pertama, tetapi beliau menolaknya dengan alasan tidak dapat memberikan komitmen berikutan terbabit dengan persiapan pertanding­an ratu cantik di negaranya.

Mengulas perkara itu, Amy

Nur Tinie yang berasal dari Perak di dalam twitternya menyatakan beliau seakan tidak percaya dengan pengiktira­fan itu.

“Saya masih tidak percaya. Saya melalui jalan berliku dalam pertanding­an ratu cantik tetapi saya tidak berhenti kerana saya percaya suatu hari nanti semuanya tidak akan sia-sia. Semuanya berlaku atas sebab tertentu. Terima kasih banyak atas sokongan anda.

“Kepada Suheyn, anda akan sentiasa menjadi pemenang!,” katanya.

Mahu dikenali sebagai Tinie, beliau menyertai Miss Eco Internatio­nal di Kaherah, Mesir Mac tahun lalu mendapat tempat kelima (4th Runner Up) sebelum dinobatkan di tempat kedua.

Pada pertanding­an yang pertama kali menyaksika­n Malaysia berjaya berada di tangga lima teratas pertanding­an itu, Tinie turut memenangi anugerah Best Eco Dress, yang menampilka­n rekaan baju bertemakan sirih junjung.

 ?? (Foto AGENSI) ?? Amy Nur Tinie (kiri) bersama peserta akhir Miss Eco Internatio­nal 2019.
(Foto AGENSI) Amy Nur Tinie (kiri) bersama peserta akhir Miss Eco Internatio­nal 2019.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia