Berita Harian

BERKELANA DI AIDILFITRI

Hanya panggilan video pengubat rindu bersama keluarga

- Oleh Farihad Shalla Mahmud farihad@bh.com.my Foto Ihsan Bata Malaysia

Ketika Syawal menguak jendela, penyanyi yang menempa populariti di Indonesia, Baby Shima, 28, menyambutn­ya tanpa sebarang persiapan. Hanya kesayuan bertandang di hati terkenang keluarga dan desa halaman nun jauh di mata. Tiada baju baharu, malah ketupat, lemang dan rendang juga tidak menghiasi meja sebagai juadah pagi raya seperti kelazimann­ya. Terkurung di Jakarta berikutan larangan merentas negara membuatkan impian penyanyi lagu Pura Pura Bujang itu pulang ke Masai, Johor lebur bagaikan debu.

Saban tahun, sesibuk mana pun menguruska­n kerjaya seni di perantauan, Baby Shima atau nama sebenarnya, Nor Ashima Ramli tetap akan pulang ke kampung menyambut Syawal bersama keluarga. Baginya, Aidilfitri lebih sempurna diraikan bersama keluarga tersayang. Namun, penularan pandemik COVID-19 menghalang­nya pulang ke pangkuan keluarga. Perlahan suara di hujung talian, Shima mengakui: “Ini adalah kali pertama saya meraikan Syawal di perantauan, jauh daripada keluarga tersayang. “Jika teringin nak makan apa-apa, saya hanya membelinya sahaja. Saya cuba elak memasak juadah pagi raya kerana tak mahu mengundang kesedihan dalam hati. “Sambutan Aidilfitri di Jakarta sama sahaja di Malaysia. Semua orang tidak boleh pulang ke kampung halaman berikutan COVID-19. Jadi, tiada apa yang istimewa,” katanya kepada B*POP.

Keluarga fahami situasi

Biarpun, jauh di sudut hatinya terbit kesedihan mendalam, namun penyanyi yang meledak nama ketika menyertai program D’academy Asia 3 anjuran Indosiar itu bersyukur keluarga memahami situasi berlaku seluruh dunia ketika ini.

“Jika diikutkan, hati ibu bapa mana yang tidak sedih apabila anak tiada depan mata ketika Aidilfitri, lebih lagi kepulangan saya sentiasa dinantikan keluarga. Saya tak pernah berpisah dengan mereka pada hari raya. Apabila tidak dapat bersama tentulah terasa.

“Bagaimanap­un, kami sudah lama duduk berjauhan, hanya sesekali pulang ke kampung, jadi kesedihan dapat dikawal. Lagipun, teknologi canggih masih merapatkan hubungan kami. Saya membuat panggilan video untuk bermaafan, sekali gus mengubat kerinduan pada pagi Syawal.

“Apapun, bermaafan di pagi raya tetap dilakukan, cuma dengan cara normal baharu. Tak mengapalah, saya faham mengapa larangan ini dilaksanak­an. Semuanya untuk kebaikan bersama. Percayalah, setiap yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya,” katanya yang terperangk­ap di Jakarta selepas kerajaan Indonesia melaksanak­an perintah berkurung sejak April lalu.

Tidak mahu dilupakan pada bulan mulia, penyanyi yang diangkat Pendatang Baru Dangdut Terpopular, Anugerah Dangdut Indonesia pada 2017 itu tampil dengan single

raya berjudul Tak Dapat Raya Lagi

berkolabor­asi dengan kumpulan Floor 88.

Shima berkata, lagu raya itu adalah lagu lama yang berjudul Tak Dapat Raya yang diubah lirik berdasarka­n perkembang­an semasa.

“Single ini dikeluarka­n bagi memastikan saya kekal relevan dan diingati peminat. Walaupun tiada tawaran persembaha­n, namun saya tak mahu berdiam diri.

“Ia adalah lagu raya saya dan Floor 88, tahun lalu. Liriknya sahaja diubah mengikut situasi semasa apabila semua orang tak dapat pulang ke kampung untuk beraya.

“Kami merakamkan lagu dan membuat penggambar­an muzik video dari rumah masing-masing memandangk­an saya tidak dapat pulang ke Malaysia. Ini adalah pengalaman baharu buat saya,” katanya.

Beralih kepada kerjaya seni, Shima berkata, langkahnya agak perlahan memandangk­an semua aktiviti seni terpaksa ditangguhk­an. Dan bagi mengisi masa terluang, tumpuannya kini lebih kepada menghasilk­an kandungan untuk siaran Youtube rasminya.

“Segala kerja seni seperti persembaha­n, rakaman dan sesi fotografi terpaksa ditangguhk­an sejak perintah berkurung dilaksanak­an di Indonesia. Saya kini hanya sabar menanti berakhirny­a COVID-19, barulah kerjaya seni rancak semula.

“Awalnya, saya sedih kerana banyak tawaran persembaha­n ditangguhk­an, tetapi apakan daya. Bukan saya seorang sahaja yang terjejas, seluruh dunia berdepan dengan nasib yang sama. Enggan berdiam diri, saya lebih fokus dengan penghasila­n kandungan untuk dimuatkan dalam saluran Youtube Shima.

“Saya memuatkan banyak bahan sepanjang tempoh berkurung di rumah. Saya nyanyi lagu saduran, memasak, drama, vlog dan banyak lagi. Oleh kerana saya tak boleh keluar rumah, jadi kebanyakan isi kandungan dirakamkan dari kediaman sendiri,” katanya.

Bayak aktiviti dalam tempoh PKP

Katanya, apa sahaja idea terlintas, itulah yang dirakamkan. “Saya pernah melakukan aksi spontan seperti apa yang dilakukan di belakang pentas, sebelum membuat persembaha­n. Mana yang sesuai, itulah yang saya buat. Ada rakaman dibuat pada saat akhir ketika idea tiba-tiba muncul,” cerita penyanyi genit ini. Hampir dua bulan terkurung, Shima berkata, dia memasang impian bercuti panjang jika pandemik COVID-19 ini menemui noktah, suatu hari nanti. “Jika ada tawaran persembaha­n pun, saya sanggup tolak. Saya akui, penantian satu penyeksaan. Apabila urusan kerja selesai, saya mahu pulang segera ke tanah air. Saya mahu berjalan sepuas hati, membeli-belah dan manjakan diri di spa kecantikan.

“Saya mahu menghilang­kan tekanan dengan berehat, sambil makan angin. Apabila otak dan tubuh sudah kembali segar, barulah saya akan kembali fokus dengan kerjaya seni. Jadi, bersamalah kita berdoa supaya wabak COVID-19 ini lenyap terus daripada muka bumi,” pintanya penuh pengharapa­n.

Awalnya, saya sedih kerana banyak tawaran persembaha­n ditangguhk­an, tetapi apakan daya. Bukan saya seorang sahaja yang terjejas, seluruh dunia berdepan dengan nasib yang sama.

 ?? BABY SHIMA ?? // Shima lebih rindu suasana menyambut Ramadan dan Syawal di tanah air, berbanding Jakarta. // Muzik video Tak Dapat Raya Lagi merekodkan jumlah tontonan sebanyak 1.3 juta sejak ditayangka­n di laman Youtube pada 21 Mac lalu. // Shima merakamkan single baharu ciptaan vokalis kumpulan Ungu, Pasha. Berikutan pandemik COVID-19, muzik video lagu berkenaan terpaksa ditangguhk­an penggambar­an.
BABY SHIMA // Shima lebih rindu suasana menyambut Ramadan dan Syawal di tanah air, berbanding Jakarta. // Muzik video Tak Dapat Raya Lagi merekodkan jumlah tontonan sebanyak 1.3 juta sejak ditayangka­n di laman Youtube pada 21 Mac lalu. // Shima merakamkan single baharu ciptaan vokalis kumpulan Ungu, Pasha. Berikutan pandemik COVID-19, muzik video lagu berkenaan terpaksa ditangguhk­an penggambar­an.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia