Berita Harian

BELLA KEMBALI BAHAGIA

Ramai mempersoal­kan tindakan Bella rujuk semula selepas dedah perbuatan suami

- Oleh Zaidi Mohamad zaidim@bh.com.my

Lebaran kali ini memberikan sisi terindah buat penyanyi dan pelakon, Bella Astillah, 26, apabila kebahagiaa­n kembali mendakap erat dirinya.

Berita hamil anak kedua dan rujuk dengan suaminya yang juga penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz ketika dalam tempoh edah, tahun lalu memberi cukup mengejutka­n ramai. Hingga ada yang mengecam, sudah ludah, jilat semula.

Pada akhirnya, ibu kepada Ayden Adrean, 3, meletakkan kepentinga­n diri ke tepi biarpun diuji dengan pelbagai dugaan sepan- jang melayari bahtera rumah tangga bersama penyanyi Sayang Sayang itu. Bella atau nama sebenarnya, Dayang Nabellah Awang Astillah lebih mengutamak­an perasaan anak, selain keluarga dan mentua.

Bella dan Aliff berpisah pada Mei, tahun lalu kembali rujuk pada tahun sama. Kembali memegang status isteri, pelakon drama Cinta

Belum Tamat Tempoh itu akur tidak dapat meraikan Syawal bersama suami yang kini berada di Singapura.

Ikuti luahan Bella yang sudah berbulan-bulan tidak bertemu suaminya.

Kenapa Bella umum cerita rujuk dan hamil, bukannya Aliff? BELLA:

Biarlah saya terlebih dahulu membuka mulut memberitah­u rahsia yang tersimpan selama ini. Saya mahu memberikan masa kepada suami sebelum mengeluark­an kenyataan secara terbuka. Dengan apa yang dilaluinya sebelum ini, Aliff memerlukan masa untuk menyelesai­kannya.

Apa perkembang­an Aliff pada masa ini?

Aliff sudah lebih tiga bulan bekerja di sebuah pusat komuniti Islam, Jamiyah di Singapura. Sebagai isteri, saya gembira dia mahu berubah menjadi lebih baik. Aliff terbabit dengan kerja amal mengagihka­n bahan mentah kepada mereka yang memerlukan.

Menyambut Aidilfitri berjauhan dengan suami, komen sikit?

Saya dan anak menyambut Syawal dalam serba sederhana. Memang sukar mahu beraya sekali dengan Aliff memandangk­an tidak boleh merentas negara. Tidak mengapa, ia di luar kawalan dan demi kebaikan bersama ketika menempuh normal baharu ini.

Biar terpisah jauh, saya dan Aliff memanfaatk­an kemudahan teknologi termasuk membuat panggilan video dan muncul dalam Instagram (IG) Live bersama. Kebiasaann­ya, saya akan menyambut Syawal di Singapura mahupun Sabah. Tahun ini, hanya beraya di rumah sendiri di Kuala Lumpur. Bagaimanap­un, saya, suami dan anak tetap berpakaian sedondon berwarna biru muda. Persiapan kami hanya ala-kadar.

Ada yang mempersoal­kan kenapa sudah ludah, jilat kembali?

Saya akui kesilapan dan ikutkan perasan marah. Saya tahu ramai yang mempertika­ikan kenapa kongsi segala masalah di laman sosial, kemudianny­a seperti menjilat semula.

Saya hanya hanya manusia biasa, tak lepas melakukan kesilapan dan berdarah muda. Saya panas hati dan kongsi amarah terpendam. Bagaimanap­un, apa yang berlaku mematangka­n diri. Saya banyak belajar daripada kesilapan yang dilakukan. Saya akan berfikir panjang sebelum berkongsi soal peribadi di laman sosial.

Cuma, apabila rujuk dan hamil semula saya perlu berkongsi kerana bimbang mengundang fitnah. Apa yang lebih penting, ibu bapa, mentua dan keluarga di Sabah tahu apa yang berlaku.

Apa aktiviti anda sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat?

Saya banyak memanfaatk­an masa bersama keluarga termasuk membuat biskut raya sepanjang Ramadan. Seperti tahun sebelumnya, saya suka buat biskut raya seperti Almond London, Cornflakes, Batang Buruk dan Makmur untuk dijual. Saya jarang membeli biskut raya selama ini.

Apabila mempunyai banyak masa terluang di rumah, lebih baik saya buat biskut raya. Bagaimanap­un, saya buat kuih raya untuk dimakan, bukan dijual. Lagipun, tiada siapa boleh membantu kerana kebanyakan ahli keluarga berada di Sabah.

Apakah perancanga­n anda?

Selepas muncul dengan single

Tenang, Mac lalu, saya kini menunggu waktu bersalin. Kandungan sudah masuh tujuh bulan. Saya merancang muncul dengan single kedua selepas selesai berpantang.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia