Berita Harian

BUKAN MERAJUK

- Cahaya mata.

pelanggan pun senang,” ujarnya.

Mendasari hati pelawak kelahiran Sungai besar, Selangor itu, Salih berkata, dia enggan kembali ke dunia seni bukan kerana merajuk. Sebaliknya, jurang generasi hari ini membuatkan­nya berasakan bidang seni tidak lagi sesuai dengannya.

“Secara jujurnya, pelakon hari ini bukan seperti zaman dahulu. Segelintir mereka memasuki bidang seni kerana mahu memburu populariti dan kerana itulah, fokus mereka tersasar.

“Saya faham perkembang­an teknologi membuatkan matlamat lebih ke arah mahu popular. Begitu juga dunia penyiaran radio, situasinya sudah jauh berbeza. Lagipun, ramai rakan seangkatan saya sudah tidak bekerja.

“Daripada saya rasa tak gembira, lebih baik saya undur diri. Biarlah bidang seni kekal menjadi sejarah dalam hidup saya,” luahnya.

Masih berhubung dengan pelakon lama

Menimba pengalaman orang bawah sebelum namanya meniti kemuncak populariti, penyanyi, Gali Lubang Tutup Lubang dan Romantika Di Tampoi itu berkata, dia bersyukur kemasyhura­n tidak pernah mengajarny­a menjadi seperti kacang lupakan kulit.

Kata Salih, sehingga kini, dia masih berhubung dengan pelakon senior untuk bertanyaka­n khabar.

“Hubungan dengan pelakon atau penyanyi lama masih rapat. Jika ada masa, saya akan menghubung­i mereka bertanya khabar. Antara yang masih kekal berhubung adalah AR Badul dan sebelum ini, Allahyarha­m Datuk A Rahman Hassan.

“Sejak dulu lagi, kami diajar menghormat­i artis lebih senior dan sifat itulah yang membuatkan hubungan kami baik hingga hari ini. Bagaimanap­un, artis sekarang saya lihat, lebih banyak buat hal sendiri. “Walaupun bukan semua tetapi segelintir mereka tak pandai hormat artis lama,” dedahnya yang pernah mengendali­kan program Usik-usik Salih Yaacob.

Empat dekad bergelar anak seni dan melalui jatuh bangun dalam bidang seni, Salih berkata, dia berat hati untuk membenarka­n anak-anak mengikut jejak langkahnya.

“Jika boleh, biarlah mereka menceburi bidang lain dan bukannya pilih jadi anak seni. Saya tak berapa menggalakk­an masuk bidang ini kerana bukan mudah bergelar artis. Jika setakat ada bakat menyanyi, pada saya, itu tidak memadai. “Sekurang-kurangnya, kena ada bakat lain supaya boleh buat kerja lain dan tidak terhad dengan satu bakat sahaja. Contohnya, selain menyanyi, saya boleh berlakon, mengacara dan berlawak jenaka.

“Justeru, saya boleh manfaatkan semua bakat yang ada pada diri untuk mencari rezeki. Namun, Alhamdulil­lah, setakat ini, belum ada anak yang berminat untuk terjun dalam bidang seni,” ujar Salih.

Sebelum ini, Salih pernah memiliki empat isteri, tetapi bercerai dengan isteri kedua pada 2015 selepas 23 tahun hidup bersama. Kini, Salih bahagia meneruskan kehidupan bersama tiga isteri, Norlizah Mamat, 55, (isteri pertama) Norfara Wahida Sulaiman, 41, (ketiga) dan Samihah Sheikh Ali (Emi), 34, (keempat).

Menerusi empat perkahwina­nnya, pelakon filem Jejaka Perasan itu dikurniaka­n 13

Daripada saya rasa tak gembira, lebih baik saya undur diri. Biarlah bidang seni kekal menjadi sejarah dalam hidup saya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia