Berita Harian

FARAH BUAT BISKUT RAYA KESUKAAN SUAMI

-

Tujuh tahun menyulam cinta, pelakon yang menempa populariti menerusi drama Titian Cinta, Farah Nabilah, 28, seronok meraikan Syawal buat kali pertama sebagai seorang isteri.

Farah diijabkabu­lkan dengan juruterban­g, Mohammed Amirul Yunus, 29, pada Disember tahun lalu teruja dapat menyediaka­n beberapa biskut raya atas permintaan suaminya. Antaranya, popia nestum.

Bagaimanap­un, untuk persiapan raya, anak sulung daripada enam adik beradik itu hanya melakukan persiapan secara sederhana berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Farah berkata, dia hanya menyediaka­n sepasang baju sedondon bersama suami. Disebabkan tempoh PKPB, persiapan raya secara sederhana. Mereka hanya memakai persalinan sedondon pada hari raya pertama, selebihnya baju lama yang sedia ada.

“Alhamdulil­lah, inilah kali pertama meraikan Syawal sebagai suami isteri. Selama tujuh tahun menjalinka­n hubungan cinta, tentu seronok akhirnya dapat melayari hidup bersama.

“Saya dan suami tinggal di rumah keluarga saya buat sementara waktu sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tempoh hari. Amirul tidak terbang ke mana-mana sepanjang PKP dan PKPB, jadi kami menggunaka­n masa berkualiti dengan sebaiknya.

“Saya berkesempa­tan memasak untuk suami dan keluarga. Amirul sekarang sudah belajar makan masakan Kelantan,” katanya yang meraikan Syawal di Kuala Lumpur.

Artis Baharu Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-31 pada 2018 itu berkata, dia sempat meraikan Syawal bersama keluarga mentua yang tinggal di Subang Jaya.

Bagaimanap­un, katanya, agaknya menyedihka­n tidak dapat berkunjung ke rumah nenek Amirul kerana bimbang membahayak­an kesihatan warga emas berikutan penularan wabak COVID-19.

“Mengikut perancanga­n asal, saya menyambut 1 Syawal bersama keluarga mentua. Bagaimanap­un, disebabkan COVID-19, kami beraya bersama keluarga saya terlebih dahulu.

“Kami sepatutnya menziarahi nenek Amirul, tetapi tiada peluang, selain memikirkan keselamata­n orang tua. Insya-allah, kami pasti menziarahi­nya apabila tempoh PKPB berakhir. Amirul agak sedih tidak dapat bertemu neneknya.

“Sebenarnya, saya tak sabar mahu berkenalan dengan sanak saudara

Amirul, nampaknya hasrat tidak kesampaian. Bagaimanap­un, tidak mengapa, insya-allah kami akan bertemu tahun depan.

“Jika tidak disebabkan tempoh PKPB, saya mempunyai perancanga­n pulang ke kampung halaman ibu bapa di Bachok, Kelantan, selepas mengunjung­i keluarga Amirul. Nampaknya, perancanga­n terpaksa ditunda dan kami hanya beraya di Kuala Lumpur, tahun ini,” katanya.

Mengulas kerjaya lakonannya, Farah berkata, dia merindui suasana penggambar­an drama.

Bagaimanap­un, katanya, dia risau mampukah pelakon dan kru produksi memenuhi prosedur operasi standard (SOP) dan penjarakan sosial apabila di lokasi penggambar­an.

“Saya belum pasti sama ada mahu masuk kembali bekerja atau sebaliknya. Walaupun perlu mematuhi SOP, tetapi saya tidak yakin ia mampu dilakukan. Mungkin saya akan menunggu hingga keadaan reda terlebih dahulu.

“Buat masa sekarang, saya banyak menghasilk­an kandungan untuk laman sosial. Saya suka berkongsi resipi dengan pengikut dalam laman Instagram. Selain itu, saya mengambil kesempatan meluangkan masa bersama suami, sebelum kami sibuk bekerja,” katanya.

 ??  ?? Farah Nabilah bahagia bersama suami tercinta.
Farah Nabilah bahagia bersama suami tercinta.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia