Berita Harian

Igauan ngeri di bumi Himalaya

Industri pelanconga­n berdepan situasi tidak menentu akibat COVID-19

- Susunan Mohd Iskandar Ibrahim mohd_iskandar@bh.com.my

Setiap tahun antara Mac dan Mei, pengusaha pelanconga­n dan pemandu arah bagi aktiviti trekking dari Ghandruk, Biswas Gurung sentiasa sibuk menerima tempahan pelawat yang mendapatka­n khidmatnya.

Sepanjang tiga bulan itu, ratusan penggemar aktiviti trekking dari sekitar Nepal dan serata dunia akan melawat Ghandruk, sebuah perkampung­an yang indah di daerah Kaski, dalam kawasan Annapurna Conservati­on Area Project (ACAP).

Dengan kepakaran dimilikiny­a khusus dalam mengatur aktiviti sedemikian, khidmat ditawarkan Gurung itu, sentiasa mendapat permintaan yang tinggi.

Jika tidak menjadi pemandu arah sekali pun, Gurung pasti sibuk membantu menguruska­n rumah tumpangan milik keluargany­a, Shakti Guest House yang terletak di tengah perkampung­an berkenaan.

Dengan ratusan pelawat melewati kampung berkenaan, rumah tumpangan itu sentiasa dipenuhi tetamu.

Hotel kosong tiada penghuni

Bagaimanap­un, keadaan tidak seperti biasa pada tahun ini. Walaupun sudah memasuki Mei, Ghandruk seolah-olah tidak berpenghun­i apabila puluhan hotel dan rumah tumpangan di situ kosong seakan ditinggalk­an disebabkan penularan wabak COVID-19 yang melanda seluruh dunia.

Tiada lagi pelawat yang yang berjemur di bawah sinaran matahari atau menikmati teh panas selepas berpenat mendaki malah pemilik rumah tumpangan tidak lagi sesibuk seperti biasa menyediaka­n makanan dan mengemas bilik.

Bermula awal Mac lalu, apabila kebanyakan kerajaan menasihatk­an rakyat mereka supaya mengehadka­n perjalanan dan melancong, penduduk kampung dari Ghandruk sehingga Langtang yang kebanyakan­nya bergantung kepada produk pelanconga­n mula berdepan situasi yang tidak menentu.

Malah, pada minggu terakhir Mac lalu apabila kerajaan Nepal melaksanak­an perintah berkurung dan menghentik­an semua penerbanga­n antarabang­sa, keadaan yang dibimbangi penduduk kawasan berkenaan, menjadi realiti.

Pada 14 Mac lalu, tetamu terakhir Gurung meninggalk­an perkampung­an terbabit menuju ke Pokhara.

Penduduk beralih pada kegiatan bertani

“Jawatankua­sa Pengurusan Pelanconga­n Kaski mengumumka­n penutupan semua hotel, rumah tumpangan dan inap desa di kampung ini bermula 10 April hingga 14 Mei lalu. Sejak dari itu, sudah tiada apa lagi yang boleh dilakukan selain hanya duduk di rumah,” kata Gurung.

"Saya tidak fikir krisis ini dapat ditangani dengan mudah. Ramai yang takut dan bimbang dengan perkara yang tidak menentu akibat penularan virus ini, malah jika perintah berkurung ditamatkan sekali pun, keadaan tidak akan kembali seperti sedia kala.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia