Berita Harian

Juadah raya enak Hotel Impiana KLCC

-

Suasana lebaran kali ini begitu berbeza, tiada lagi tradisi kunjung-mengunjung kerana semua orang perlu berada di rumah.

Semuanya mahu mengelakka­n rantaian jangkitan COVID-19.

Namun usah bersedih tahun ini tidak dapat balik beraya di kampung susulan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), juadah raya tradisi boleh dinikmati dengan ‘Raya Takeaway and Delivery Sets’ istimewa dari dapur Hotel Impiana KLCC.

Bermula 24 Mei hingga 23 Jun ini dari jam 11 pagi hingga 6 petang pelbagai set makanan, boleh memeriahka­n suasana raya di ibu kota.

Apa saja juadah diingini, ada set makanan harga berpatutan, air tangan cef berpengala­man menjanjika­n makanan enak tiada tandingan.

Ada tiga set utama untuk dua orang, antaranya hidangan briyani yang membeli pilihan ayam atau kambing menu istimewa dari Johor, selain set lontong Tambak Selatan dan Nasi Tomato Wangi Batu Pahat.

Pelbagai set menyelerak­an

Dalam set briyani dihidangka­n lengkap acar jelatah, acar buah, dalca sayuran dan papadum, turut disertakan pengat pisang dengan sagu hanya RM36 briyani ayam dan RM56 untuk briyani kambing.

Set lontong bersama bubur pulut hitam bersantan berharga

RM76 untuk sajian dua orang dan set nasi tomato (RM116) bersama tenggiri goreng berempah, daging masak merah selatan, gulai ayam pekat lada hitam, kambing kuzi, sambal tumis telur dan bubur kacang hijau.

Hotel Impiana KLCC juga menawarkan kombo minum petang sesuai untuk juadah lebaran yang dibuka untuk tempahan minimum 15 hingga 20 orang.

Selain itu kuih-muih dan juadah raya lain turut disertakan.

Untuk makluat lanjut, hubungi Nor Syafiqah di talian 0125173206 atau Ariff Shukri (012 487 3206) atau menerusi e-mel eventmanag­er2.iklcc@impiana. com dan eventmanag­er1.iklcc@ impiana.com.

 ??  ?? Pelbagai juadah raya tradisi boleh dinikmati di Hotel Impiana KLCC.
Pelbagai juadah raya tradisi boleh dinikmati di Hotel Impiana KLCC.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia