Berita Harian

Pekan Rabu suram tanpa pelancong

Kompleks tawar pelbagai barangan menarik, unik turut terkesan akibat pandemik

- Oleh Noorazura Abdul Rahman bhnews@bh.com.my

Pekan Rabu menjadi antara simbol pelanconga­n di Kedah apabila kompleks itu menawarkan pelbagai barangan menarik untuk dibawa pulang.

Sejarah Pekan Rabu yang diasaskan oleh Almarhum Tunku Yaacob Almarhum Sultan Abdul Hamid, pada 1920 di tepi Sungai Kedah berdekatan Tanjong Chali asalnya beroperasi, pada Rabu sahaja, dan bermula 1932 dipindahka­n ke Jalan Tunku Ibrahim dan menjalanka­n operasi setiap hari selepas Perang Dunia Kedua.

Sejak zaman-berzaman Pekan Rabu menjadi lokasi popular dan tumpuan pelancong tempatan serta antarabang­sa berikutan menyediaka­n pelbagai barangan dan makanan

Namun, kegiatan perniagaan di Pekan Rabu kini melalui fasa suram apabila tiada lagi kehadiran pelancong susulan pandemik COVID-19.

Beroperasi semula sejak 9 Mei lalu

Selepas ditutup hampir dua bulan dan beroperasi semula pada 9 Mei lalu selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), peniaga di situ mengakui wabak ini memberi kesan secara langsung kepada mereka.

Peniaga kraftangan, Zainurin Ahmad, 56, berkata pendapatan­nya terjejas hampir 50 peratus berikutan produk yang dijual majoritiny­a dibeli pelancong.

“Mujur Pekan Rabu dibuka sebelum umat Islam sambut Aidilfitri, ada juga orang tempatan datang membeli kraftangan seperti tudung saji dan tikar mengkuang.

“Sudah 40 tahun saya berniaga di sini, inilah situasi yang agak suram buat saya, semoga penularan wabak ini berlalu cepat supaya aktiviti perniagaan di sini kembali rancak,” katanya yang berpendapa­tan kira-kira RM1,500 sebulan.

Pelbagai barangan dijual

Peniaga, Nur Syazwani Harun

Suasana berubah akibat COVID-19

Bagi penjual kuih tradisiona­l, Aminah Sahur, 38, berkata beliau terpaksa mengehadka­n bekalan barang yang dijual berikutan tidak mahu menanggung rugi.

Katanya, setiap sekali menjelang musim perayaan, stok kuih tradisiona­l akan disusun begitu ‘meriah’ di atas rak dalam kedainya, namun akibat pandemik COVID-19, segala-galanya berubah.

“Apabila kita susun barang banyak di rak, ia akan menarik perhatian pelanggan untuk membeli, tapi sekarang, majikan saya hadkan bekalan kerana kuihmuih ini mempunyai tarikh luput.

“Jualan setakat ini biasa saja berbanding Ramadan tahun lalu, yang penting saya ada pendapatan untuk kelangsung­an hidup selepas dua bulan saya tiada pendapatan,” katanya yang diberi upah kira-kira RM40 sehari.

Harap industri pelanconga­n kembali rancak

Pengerusi Koperasi Pekan Rabu Mohamed Jalaludin Mohd Noor, 69, berkata hanya separuh daripada 300 peniaga di kompleks itu beroperasi berikutan ada peniaga belum bersedia untuk membuka kedai mereka.

Katanya, ini kerana terdapat peniaga yang membawa keluar barang untuk dijual dalam talian selain mereka perlu menyediaka­n stok baharu.

“Kita beroperasi jam 9 pagi sehingga 8 malam tapi pada Ramadan ini hanya sampai jam 6.30 petang sahaja.

“Sebelum masuk, peniaga dan pelanggan perlu menjalani pemeriksaa­n suhu badan, mencuci tangan menggunaka­n cecair pembasmi kuman dan mengisi borang kehadiran,” katanya.

Beliau berkata, bagi mengawal

Pekerja perniagaan makanan tradisiona­l

penjarakan sosial, pihaknya mengehadka­n 100 pelanggan dalam satu masa manakala bagi pelanggan yang membawa anak, mereka perlu meninggalk­an anak-anak mereka di ruang yang disediakan.

Beliau berharap penularan wabak COVID-19 mampu ditangani segera supaya semua urusan berjalan lebih lancar sekali gus mampu merancakka­n lagi aktiviti perniagaan serta industri pelanconga­n di negeri itu.

 ?? (Foto Amran Hamid/bh) ?? COVID-19. di Kompleks Pekan Rabu yang mula beroperasi pada 9 Mei lalu susulan penutupann­ya sejak 18 Mac akibat pelaksanaa­n PKP bagi membendung penularan wabak
(Foto Amran Hamid/bh) COVID-19. di Kompleks Pekan Rabu yang mula beroperasi pada 9 Mei lalu susulan penutupann­ya sejak 18 Mac akibat pelaksanaa­n PKP bagi membendung penularan wabak
 ?? (Foto BERNAMA) ?? membungkus dodol di premisnya di Kompleks Pekan Rabu.
(Foto BERNAMA) membungkus dodol di premisnya di Kompleks Pekan Rabu.
 ??  ??
 ?? (Foto BERNAMA) ?? Pekan Rabu, Rozalina Ramli menyiapkan barangan tempahan pelanggan yang ditempah melalui platform dalam talian.
(Foto BERNAMA) Pekan Rabu, Rozalina Ramli menyiapkan barangan tempahan pelanggan yang ditempah melalui platform dalam talian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia