Berita Harian

Federer paling lumayan

Ronaldo, Messi, Neymar antara ungguli carta Forbes bayaran gaji atlet tertinggi

-

London: Roger Federer menjadi pemain tenis pertama mengunggul­i carta Forbes untuk bayaran gaji atlet tertinggi dunia sekali gus mengatasi pemain bola sepak terkemuka, Lionel Messi.

Federer, 38, melonjak empat anak tangga selepas memperoleh bayaran 86.2 juta pound (RM462 juta) sejak beberapa tahun lalu kira-kira 81 juta pound (RM434 juta) daripadany­a muncul menerusi sukan disertainy­a.

Cristiano Ronaldo memperoleh 85 juta pound (RM456 juta), Messi (84 juta pound - RM450 juta) dan Neymar (77.5 juta pound - RM415 juta) pula berada di senarai bawahnya manakala pemain bola keranjang Amerika Syarikat, Lebrone James meraih 71.5 juta pound (RM383 juta) untuk melengkapk­an senarai lima teratas.

Petinju ternama, Tyson Fury adalah atlet teratas untuk Britain dengan berada di kedudukan ke-11 apabila mengumpul 46.2 juta pound (RM247 juta).

Pemain tenis dari Jepun, Naomi Osaka muncul atlet wanita yang dibayar paling tinggi pada awal bulan ini. Dia berada dalam senarai ke-29 keseluruha­n seperti diumumkan pada Jumaat lalu.

“Pandemik coronaviru­s memaksa pemotongan gaji buat bintang bola sepak seperti Messi dan Ronaldo yang secara tidak langsung membuka ruang buat seorang pemain tenis berada di ranking bayaran atlet tertinggi dunia untuk kali pertamanya,” kata pengarang kanan Forbes, Kurt Badenhause­n.

Minggu lalu, juara dua kali Grand Slam, Osaka, 22, mengakhiri penguasaan bayaran atlet wanita tertinggi yang dipegang Serena Williams selama empat tahun berturut-turut selepas memperoleh pendapatan 30.7 juta pound (RM164 juta).

Jumlah berkenaan melebihi 1.15 juta pound (RM6.17 juta) daripada pemain berusia 38 tahun itu.

 ??  ?? Lewis Hamilton
Tiger Woods menduduki tangga kelapan carta atlet lelaki terkaya dunia.
Lewis Hamilton Tiger Woods menduduki tangga kelapan carta atlet lelaki terkaya dunia.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia