Berita Harian

Nasib Ighalo ditentukan hari ini

-

Manchester: Odion Ighalo dilihat memandu keretanya ke pusat latihan Manchester United kelmarin dengan perbincang­an mengenai sambungan pinjamanny­a ke kelab berkenaan masih berlangsun­g.

Masa semakin suntuk menjelang tempoh akhir hari ini buat pemimpin di Old Trafford berbincang untuk membolehka­n pemain Nigeria itu terus kekal di England. Sunsport melaporkan kelab penyerang itu, Shanghai Shenhua sedikit mengalah untuk membenarka­n sambungan pinjaman enam bulan lagi.

Ighalo dilaporkan membuat rayuan secara peribadi kepada kelab Liga Super China itu bagi membolehka­n dia bersama United yang diminatiny­a sejak kecil. Dan bos kelab, Ole Gunnar Solskjaer menyatakan dengan jelas dia mahu bekas pemain Watford itu berada di sana sehingga penamat musim.

Ighalo menjalani latihan bersama rakan sepasukan di Carrington minggu ini untuk mendapatka­n kecergasan selepas perintah berkurung. Namun selepas berita Liga Perdana Inggeris (EPL) akan kembali pada Rabu, 17 Jun, Solskjaer mungkin akan beraksi tanpa pemain berusia 30 tahun itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia