Berita Harian

Perlawanan disambung 11 Jun

-

Madrid: Liga Sepanyol akan bersambung selepas perintah berkurung akibat COVID-19 selama tiga bulan bermula 11 Jun dengan pertembung­an tetangga Seville, dan musim 2020-2021 akan bermula pada 12 September, kata Majlis Sukan Sepanyol, kelmarin.

Majlis berkenaan mengeluark­an kenyataan berkata Persekutua­n Bolasepak Sepanyol (RFEF) dan La Liga sudah bersetuju dengan format bagi baki 11 perlawanan dua divisyen teratas Sepanyol.

Katanya, musim sepatutnya dilengkapk­an pada 19 Julai, “bergantung kepada evolusi pandemik.”

Perlawanan akan bermula pada Khamis, 11 Jun menerusi pertemuan Betis dan Sevilla. Baki saingan lain akan bersambung pada hujung minggu 13 dan 14 Jun.

Kelmarin, Javier Tebas yang juga presiden liga memberitah­u Marca: “Perkara paling penting ialah mengetahui penamat musim 2019-20. Musim seterusnya akan bermula 12 September.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia