Berita Harian

Klopp mahu Liverpool rai kejuaraan atas padang

-

London: Jurgen Klopp mahu penyokong Liverpool membuktika­n mereka adalah “penyokong di rumah terbaik dunia” selepas polis England kelmarin mahukan The Reds yang berpeluang menang Liga Perdana Inggeris (EPL) bermain di gelanggang berkecuali bagi mengelak orang ramai berkumpul di luar Anfield.

Ketua EPL menetapkan 17 Jun sebagai tarikh untuk liga utama itu kembali bermula selepas tertangguh akibat COVID-19. Mereka berharap dapat melangsung­kan sejumlah besar perlawanan di gelanggang tertutup di laman sendiri atau tempat lawan.

Bagaimanap­un polis bimbang mengenai penyokong tegar akan mengabaika­n penjarakan sosial dengan berkumpul di mana pasukan mereka bermain dan mahu beberapa perlawanan termasuk saingan Manchester City dan Manchester United tidak membabitka­n Liverpool, bermain di gelanggang berkecuali.

Liverpool kurang dua kemenangan untuk meraih gelaran pertama England sejak 30 tahun. Skuad The Reds boleh dimahkotak­an selaku juara seawal minggu pertama jika Manchester City tewas kepada Arsenal dan mereka menewaskan Everton dalam saingan tetangga Merseyside.

“Saya dengar beberapa hari lalu frasa yang sangat bagus mengenai bagaimana kami memiliki penyokong tuan rumah terbaik dunia. Jadi kami kini sepatutnya menjadi penyokong di rumah terbaik dunia,” kata Klopp kepada bein SPORTS menerusi Keys & Gray Show di Youtube.

“Kini kami terdesak untuk bermain kerana kami mahu menjadi juara di padang dan tampak kami boleh lakukannya di mana saja ia akan dilangsung­kan,” kata bos dari Jerman itu.

“Kami harap dia di Anfield tapi kami tak tahu, dan ia tidak penting. Ramai orang di planet tidak pernah ada peluang dalam hidup mereka menjadi juara EPL. Bagi kami ia seperti ada peluang. Jadi kami akan mengambiln­ya.”

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia