Berita Harian

Industri kecil, penjaja dibenar beroperasi tak lama lagi

Kerajaan terima aduan ramai pengusaha terjejas teruk selepas PKP dilaksanak­an

- Oleh Luqman Arif Abdul Karim, Ahmad Suhael Adnan, Ilah Hafiz Aziz dan Noor Atiqah Sulaiman bhnews@bh.com.my

Lebih banyak sektor membabitka­n rakyat tempatan, termasuk pengusaha industri kecil dan penjaja yang terjejas teruk akibat penularan wabak COVID-19 dijangka dibenarkan beroperasi semula tidak lama lagi. Kementeria­n Kesihatan mendapati rakyat Malaysia mematuhi SOP mengekang wabak itu yang menyaksika­n kadar penularan tempatan terus berkuranga­n selepas memasuki hari kelapan Syawal dan merekodkan kes baharu satu angka.

Kuala Lumpur: Penyusutan kes harian COVID-19, dijangka membolehka­n lebih banyak sektor membabitka­n rakyat tempatan, berpotensi diberi kelonggara­n beroperasi semula.

Sektor itu termasuk pengusaha industri kecil dan mikro yang terjejas teruk pendapatan, sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac lalu.

Menteri Kanan (Keselamata­n) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mengakui kerajaan menerima banyak permohonan daripada pelbagai pihak yang terjejas teruk pendapatan untuk kembali beroperasi.

“Dua hari lalu, kita menerima permohonan daripada persatuan penjaja yang mahu mengetahui bila mereka boleh kembali berniaga di pasar malam dan pasar pagi. Masalah ini kita dengar dan bincang.

“Persatuan penjaja diminta berbincang dengan Majlis Keselamata­n Negara (MKN) mengenai prosedur operasi standard (SOP) yang sesuai dilakukan nanti.

“Kita tidak tahu sama ada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini akan disambung atau tidak, tetapi saya jangka banyak lagi sektor akan dibuka bergantung situasi semasa COVID-19,” katanya pada sidang media harian semalam.

Ismail Sabri juga bersetuju membangkit­kan isu kebenaran aktiviti mengambil gambar perkahwina­n yang dikendalik­an jurufoto bebas sepanjang tempoh PKPB.

Mengulas isu sama, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, mengakui lebih banyak sektor membabitka­n rakyat tempatan boleh diberi kelonggara­n beroperasi semula, selari penyusutan kes harian COVID-19.

Beliau berkata, penelitian berdasarka­n data dan fakta sedia ada, membuktika­n rakyat Malaysia patuh kepada prosedur operasi

Persatuan penjaja diminta berbincang dengan Majlis Keselamata­n Negara mengenai prosedur operasi standard yang sesuai dilakukan nanti.

standard (SOP).

Katanya, amalan disiplin sosial itu membolehka­n kadar penularan tempatan terus berkuranga­n, meskipun memasuki hari kelapan Syawal, selain merekodkan kes baharu berkadar satu angka.

“Sudah lapan hari kita merayakan Aidilfitri, tiada peningkata­n kes, justeru menunjukka­n rakyat tempatan patuh kepada SOP.

“Minggu depan juga kita jangkakan tiada peningkata­n kes selepas raya. Jika perkembang­an seperti ini berterusan, mungkin kita akan beri kelonggara­n sektor membabitka­n rakyat Malaysia,” katanya.

Susulan kelonggara­n baharu kepada beberapa perkhidmat­an termasuk institut dan sekolah memandu, Dr Noor Hisham berkata, semua pihak terbabit perlu mematuhi SOP sedia ada seperti amalan penjarakan sosial, penjagaan kesihatan dan mengelak tempat sempit atau sesak.

Selain itu, katanya, perkhidmat­an jabatan dan agensi kerajaan disarankan mengguna kaedah permohonan atau pemprosesa­n dokumen berkaitan secara dalam talian.

“Kalau kita terus patuh kepada SOP, maka kita boleh putuskan rantaian jangkitan COVID-19, meskipun pelbagai kelonggara­n mula diberikan kepada rakyat,” katanya.

Ismail Sabri Yaakob, Menteri Kanan (Keselamata­n)

 ??  ??
 ?? (Foto hiasan) ?? Penjaja kecil pasar malam dan pasar pagi antara yang terjejas teruk ketika pelaksanaa­n PKP.
(Foto hiasan) Penjaja kecil pasar malam dan pasar pagi antara yang terjejas teruk ketika pelaksanaa­n PKP.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia