Berita Harian

Telur tamat tempoh punca 99 keracunan puding buih

Telur tamat tempoh jadi punca, pengusaha tiada lesen

- Oleh Baharom Bakar bhnews@bh.com.my

Kuala Terengganu: Telur tamat tempoh digunakan untuk mengadun puding buih, punca utama berlaku kes keracunan makanan, Isnin lalu.

Pengerusi Jawatankua­sa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar, Dr Alias Razak menjelaska­n, keputusan sampel dilakukan Unit Keselamata­n dan Kualiti Makanan Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Terengganu mendapati, penggunaan telur tamat tempoh punca utama 99 orang menghadapi kes keracunan puding buih.

Bagaimanap­un, katanya, semua mangsa kes keracunan puding buih berada dalam keadaan stabil selepas menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

“Tindakan dilakukan Jabatan Kesihatan negeri Terengganu (JKNT) adalah menutup dapur premis untuk jualan puding buih mengikut Seksyen 18(1)(d) Akta Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 selama 14 hari sehingga 7 Jun depan,” katanya pada sidang media khas di Bilik Gerakan Wisma Darul Iman, di sini, semalam.

Yang turut hadir, Timbalan Pengerusi Jawatankua­sa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar, Ahmad Shah Muhamed.

Isnin lalu, seramai 99 mangsa dikejarkan ke HSNZ kerana mengalami muntah dan cirit-birit selepas menikmati puding buih yang dibeli melalui dalam talian.

Dr Alias yang juga Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) Bukit Tunggal berkata, pengusaha puding buih itu dikesan tidak memiliki lesen perniagaan dan tidak melakukan suntikan vaksin penyediaan makanan.

Jelasnya, pengusaha puding buih itu mempromosi­kan pencuci mulut melalui dalam talian.

Berikutan kes itu, katanya, JKNT sudah diarah mengenal pasti semua pengusaha dan pengendali makanan melakukan suntikan vaksin.

Semua mangsa kes keracunan puding buih berada dalam keadaan stabil selepas menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah.

Dr Alias Razak, Pengerusi Jawatankua­sa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar

 ?? (Foto Baharom Bakar/bh) ?? Dr Alias (kiri) bersama Ahmad Shah pada sidang media selepas mesyuarat khas di Wisma Darul Iman, semalam.
(Foto Baharom Bakar/bh) Dr Alias (kiri) bersama Ahmad Shah pada sidang media selepas mesyuarat khas di Wisma Darul Iman, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia