Berita Harian

Parti dalam Perikatan Nasional (PN) setuju tubuh Majlis Presiden tentukan hala tuju gabungan

Penubuhan sasar selaras keputusan, perkukuh kerjasama

- Oleh Noorazura Abdul Rahman bhnews@bh.com.my

Alor Setar: Parti-parti dalam Perikatan Nasional (PN) bersetuju menubuhkan majlis tertinggi dinamakan Majlis Presiden PN bagi menentukan hala tuju politik gabungan itu.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata penubuhan majlis itu disasarkan dapat menyelaras­kan keputusan yang akan dibuat PN selain memperkuku­h kerjasama yang terjalin sejak penubuhan gabungan itu Mac lalu.

“Alhamdulil­lah, saya nak maklumkan sedikit bahawa kita sudah ada majlis tertinggi iaitu Majlis Presiden PN. Kita setuju, yang pertama wujudkan Majlis Presiden, yang mana membabitka­n semua presiden parti.

“Pimpinan tertinggi PN juga memutuskan untuk meletakkan kepentinga­n rakyat sebagai agenda utama khususnya dalam mendepani situasi penularan wabak COVID-19. Kita juga harap rakyat tidak sekali lagi diheret dalam kemelut politik seperti yang berlaku sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas membuat kunjungan hormat selaku Menteri Alam Sekitar dan Air kepada Menteri Besar Kedah yang baharu, Muhammad Sanusi Md Noor di Wisma Darul Aman, di sini, semalam.

Sementara itu, mengulas mengenai Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Chini, Tuan Ibrahim berharap tiada pertanding­an terutama ketika negara berdepan pandemik COVID-19.

Bagaimanap­un, katanya, PAS tidak menghalang jika Pakatan Harapan (PH) mahu meletakkan kerana ia selaras amalan demokrasi di Malaysia.

PRK DUN Chini, Pahang akan diadakan pada 4 Julai depan, manakala hari penamaan calon adalah pada 20 Jun. Tarikh bagi pengundian awal pula adalah pada 30 Jun.

Pada PRU-14, bekas ADUN Chini, Allahyarha­m Datuk Seri Abu Bakar Harun mempertaha­nkan kerusi terbabit selama empat penggal berturut sejak PRU-11.

Dalam pertembung­an tiga penjuru di DUN berkenaan, Allahyarha­m memperoleh 10,027 undi menewaskan calon PAS, Mohd Fadhil Noor Abdul Karim (5,405) dan calon PKR, Mohamad Razali Ithnin (1,065).

Pimpinan tertinggi PN juga memutuskan untuk meletakkan kepentinga­n rakyat sebagai agenda utama khususnya dalam mendepani situasi penularan wabak COVID-19.

Tuan Ibrahim Tuan Man, Timbalan Presiden PAS

 ?? (Foto Noorazura Abdul Rahman/bh) ?? Tuan Ibrahim (dua dari kiri) membuat kunjungan hormat kepada Muhammad Sanusi di Wisma Darul Aman,
Alor Setar, semalam.
(Foto Noorazura Abdul Rahman/bh) Tuan Ibrahim (dua dari kiri) membuat kunjungan hormat kepada Muhammad Sanusi di Wisma Darul Aman, Alor Setar, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia