Berita Harian

Kes baharu kekal dua angka

57 jangkitan direkod semalam, 23 pesakit pulih

- Oleh Luqman Ariff Abdul Karim dan Noor Atiqah Sulaiman bhnews@bh.com.my

Putrajaya: Jumlah kes baharu COVID-19 kekal kepada dua angka apabila sebanyak 57 kes semalam dan menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 7,819 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata jumlah kes aktif dengan kebolehjan­gkitan COVID-19

pula 1,351 kes.

Katanya, daripada jumlah kes baharu itu, 10 adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara dan 47 kes daripada penularan tempatan.

“Daripada 47 kes penularan tempatan itu, 43 daripadany­a bukan warganegar­a Malaysia, iaitu 24 individu dikesan di Depoh Tahanan Imigresen (DTI) Sepang; 15 kes dikesan di Pahang yang merangkumi tiga kluster.

“Tiga pekerja berkenaan masing-masing terdiri daripada satu kes Kluster Kampung Sungai Lui; Kluster Pudu; Kluster Pendatang Asing Tanpa Izin dalam proses pemindahan ke DTI dan satu kes pekerja di Klang,” katanya pada sidang media harian COVID-19, di sini semalam.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham turut memaklumka­n, sehingga jam 12 tengah hari semalam, 23 individu pulih sepenuhnya serta tiada pertambaha­n kes kematian dicatatkan dan jumlahnya kekal 115 kes atau 1.47 peratus daripada keseluruha­n kes.

Mengenai tiga kluster baharu di Pahang, Noor Hisham berkata, kluster terbabit adalah sebuah ladang di Bera, kilang papan di Maran dan syarikat pembinaan juga di Maran.

Kluster ladang ada tujuh kes baharu, manakala kilang papan dikesan ada enam kes dan syarikat pembinaan pula dikesan dua kes.

Dalam pada itu, katanya, Kementeria­n Kesihatan masih menyiasat punca penularan COVID-19 di empat DTI terbabit.

Beliau berkata, pihaknya belum mengenal pasti sama ada jangkitan itu dibawa masuk dari luar oleh kakitangan atau pendatang asing tanpa izin.

“Bagaimanap­un, apa yang pasti ialah kita perlu asingkan mereka yang positif dan diberi rawatan di hospital dan yang terdedah kepada kes positif kita kuarantin untuk tempoh 14 hari,” katanya.

Daripada jumlah kes baharu itu, 10 adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara dan 47 kes tempatan.

Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia