Berita Harian

Risiko kematian perokok kena virus lebih tinggi

-

Putrajaya: Analisis Kementeria­n Kesihatan mendedahka­n jumlah kes kematian disebabkan COVID-19 kepada individu yang merokok lebih tinggi berbanding bukan perokok.

Analisis itu menunjukka­n risiko kematian perokok akibat COVID-19 adalah 17.6 peratus berbanding bukan perokok 12.1 peratus.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata tabiat merokok sudah terbukti mengakibat­kan pelbagai jenis penyakit serta boleh melemahkan sistem imuniti manusia, sekali gus meningkatk­an risiko terhadap jangkitan bakteria dan virus terutama sekali semasa wabak COVID-19.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melalui kenyataan yang dikeluarka­n pada 27 Mei lalu dan beberapa kajian di luar negara mendapati perokok berisiko tinggi untuk mendapat komplikasi yang lebih teruk jika dijangkiti COVID-19.

“COVID-19 adalah penyakit berjangkit yang menyerang terutamany­a paru-paru. Merokok merosakkan fungsi paru-paru, justeru menjadikan badan kita lebih sukar untuk melawan Coronaviru­s dan penyakit lain.

“Penelitian dan analisis awal berkaitan sejarah merokok dan faktor risiko penyakit tidak berjangkit yang dijalankan ke atas 86 daripada jumlah pesakit COVID-19 yang sudah meninggal dunia di Malaysia, didapati 19.8 peratus afau iaitu 17 orang adalah terdiri daripada golongan perokok,” katanya dalam sidang media harian COVID-19, di sini semalam.

Dalam perkembang­an lain, di Bagan Serai, KKM sedang mengesan punca dan kontak rapat seorang pelajar tahfiz di Batu Gajah, Perak yang disahkan positif COVID-19, kelmarin.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali, berkata susulan kejadian itu Perak kini bukan lagi Zon Hijau.

“Setakat ini tidak ada tanda-tanda yang pelajar ini mendapat jangkitan wabak ini dari sekolah tahfiz di sini berikutan sudah ditutup agak lama sebelum 18 Mac.

“Difahamkan pelajar ini telah pergi merata tempat bersama keluarga termasuk di Kuala Lumpur sebelum pulang ke Batu Gajah pada 3 Mac lalu.

“Pelajar ini sudah menjalani ujian saringan pertama bersama 41 pelajar tahfiz di situ, namun keputusann­ya negatif dan ujian kedua melalui Rapid Test Kit (RTK) Antibody mendapati dia positif wabak itu,” katanya selepas meninjau sebuah rumah yang ditimpa pokok di Kampung Bukit Putus, Gunong Semanggol, di sini, semalam.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia