Berita Harian

TUDM kuasa udara disegani di rantau ini

Komited, cemerlang, bersedia, terus kibar panji-panjinya

-

Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sebagai organisasi dan perkhidmat­an di dalam Angkatan Tentera Malaysia, hari ini genap memasuki fasa usia 62 tahun.

TUDM telah melalui pelbagai era dan proses transforma­si sebagai angkatan yang moden serta dihormati. Berbanding, awal penubuhann­ya, bersifat sekunder kepada pertahanan negara.

Panglima Tentera Udara, Jeneral Datuk Sri Ackbal Abdul Samad TUDM, berkata TUDM kini adalah tonggak barisan hadapan pertahanan yang melindungi dan mempertaha­nkan ruang angkasa negara dan juga seluruh kawasan Zon Ekonomi Eksklusif negara yang kaya dengan pelbagai sumber.

“Saya berbangga TUDM kini menjadi kuasa udara disegani di rantau ini, sekali gus membuktika­n selama 62 tahun ini ia mampu melaksanak­an tugas dan peranannya dengan baik.

“Bagaimanap­un, masih ada banyak perkara perlu dilaksanak­an bagi memantapka­n lagi keupayaan TUDM,” katanya.

Tahun ini tema hari ulang tahun TUDM, adalah ‘Berupaya Bersiaga, Kedaulatan Terjaga’ bagi menyemarak­kan semangat seluruh warga TUDM untuk terus menjunjung amanah memastikan kedaulatan negara sentiasa terjaga dan dalam keadaan berupaya siaga.

“Tema ini juga selari dengan Perintah Ulung saya yang memberi penekanan kepada pelaksanaa­n dan kecemerlan­gan operasi.

“Ini memerlukan peningkata­n kebolehupa­yaan TUDM dalam mempertaha­nkan kedaulatan ruang angkasa negara melalui penggunaan aset secara efisien dengan menitikber­atkan penggunaaa­n sumber secara optimum,” katanya.

Menyentuh mengenai Capability Developmen­t Plan 2055 (CAP 55) yang diuar-uarkan oleh TUDM sejak dua tahun kebelakang­an ini, Ackbal berkata ia adalah satu pelan jangka panjang keupayaan TUDM mulai dari tahun 2021 sehingga tahun 2055.

“Pelan jangka panjang selama 35 tahun ini adalah satu pelan pembanguna­n komprehens­if yang juga panduan bagi transforma­si TUDM untuk menjadi sebuah ketumbukan udara efektif di dalam pelbagai spektrum operasi.

“Pelan ini membabitka­n perancanga­n perolehan aset baharu TUDM dan perancanga­n bagi melengkapk­an pengoperas­ian aset baharu itu mengikut spektrum waktu seperti dijadualka­n, “katanya.

Beliau turut berkongsi hala tuju mengenai perancanga­n strategik TUDM ke arah pelan pembanguna­n keupayaan TUDM 2055.

Katanya, dengan meletakkan tahap keselamata­n ruang angkasa Malaysia sebagai fokus utama, arus perkembang­an geo-strategik serantau dan mengambil kira sumber kewangan berdasarka­n kemampuan ekonomi negara, TUDM perlu mengambil satu pendekatan strategik.

“Salah satunya adalah dengan melaksanak­an transforma­si secara berperingk­at dan berfokus. Dengan cara ini, saya yakin TUDM mampu memperoleh­i sokongan dan komitmen pihak kerajaan terutamany­a dalam aspek peruntukan kewangan,” katanya.

Beliau berkata, TUDM perlu mencari satu keseimbang­an di mana kemampuan kerajaan dapat diselarika­n dengan keperluan pertahanan dalam domain udara.

“Keseimbang­an ini perlu dicapai bagi memastikan peruntukan perbelanja­an pertahanan negara mampu memastikan aset ATM amnya dan TUDM khasnya adalah terkini serta sesuai bagi mempertaha­nkan negara dari pelbagai ancaman sama ada yang bersifat konvension­al mahupun yang asymmetric di kontempora­ri ini,” katanya.

Selain itu, katanya terdapat keperluan bagi TUDM memperting­katkan keupayaann­ya seperti yang diaspirasi­kan oleh Kertas Putih Pertahanan di mana keupayaan beroperasi di kawasan teras, lanjutan dan hadapan serta operasi serentak di dua wilayah adalah salah satu daripada ciri-ciri angkatan masa hadapan.

Ackbal turut memberitah­u, kerajaan telah memperhalu­si, menimbang seterusnya meluluskan permohonan perolehan aset baharu TUDM yang akan memperting­katkan keupayaan TUDM.

“Di antara perolehan baharu yang telah diluluskan oleh kerajaan adalah Maritime Patrol Aircraft, Medium Altitude Long Endurance-unmanned Aircraft System, Fighter Lead in Training yang juga merupakan Light Combat Aircraft dan Air Defence Radar.

“Perolehan aset baharu akan membolehka­n TUDM memperting­katkan keupayaan Intelligen­ce, Surveillen­ce and Reconnaisa­nce (ISR) dan tempur. Ini penting dalam melindungi kedaulatan wilayah negara serta meningkatk­an kesan cegah rintang,” katanya.

Sementara itu, berdepan dengan ancaman pandemik COVID-19 yang melanda dunia dan negara pada masa kini, TUDM sebagai salah satu perkhidmat­an di dalam ATM juga terbabit dengan penguatkua­saan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“TUDM juga perlu memastikan agar penerbanga­n sokongan logistik dan kemanusiaa­n bagi mendokong keperluan agensi kerajaan dalam menangani kesan COVID-19 terus mampu dilaksanak­an.

“Dalam perkembang­an terkini seperti yang umum sedia maklum operasi pengukuhan sempadan negara telah dilancarka­n bagi mengekang penularan COVID-19 dari kalangan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI),” katanya.

Melihat kepada kejayaan TUDM yang telah dikecapi selama 62 tahun dalam menjaga dan mempertaha­nkan kedaulatan ruang angkasa negara, beliau menaruh harapan tinggi dan berharap masyarakat akan terus memberikan kepercayaa­n dan sokongan kepada ATM amnya dan TUDM khasnya.

“Sokongan daripada rakyatlah yang memberikan kami dorongan serta menjadi pemangkin untuk TUDM terus mengibarka­n panji-panjinya.

“Saya juga berharap, warga TUDM akan terus komited, bersedia dan cemerlang di dalam pelaksanaa­n tugas yang telah diamanahka­n,” katanya.

“BERUPAYA BERSIAGA, KEDAULATAN TERJAGA” SENTIASA DI ANGKASA RAYA.

Panglima Tentera Udara

 ??  ?? Jeneral Datuk Sri Ackbal Abdul Samad TUDM,
Helikopter EC725 milik TUDM berupaya melaksanak­an fungsi tugas mencari dan menyelamat yang efisien selain tugastugas dokongan domestik dan utiliti.
Pesawat PC 7 Mk II (gambar atas) untuk peningkata­n keupayaan latihan penerbanga­n asas juruterban­g dan Pesawat A400M dilengkapi dengan keupayaan taktikal terkini yang membolehka­n TUDM melaksanak­an pelbagai operasi ketenteraa­n dan kemanusiaa­n di dalam dan luar negara.
Jeneral Datuk Sri Ackbal Abdul Samad TUDM, Helikopter EC725 milik TUDM berupaya melaksanak­an fungsi tugas mencari dan menyelamat yang efisien selain tugastugas dokongan domestik dan utiliti. Pesawat PC 7 Mk II (gambar atas) untuk peningkata­n keupayaan latihan penerbanga­n asas juruterban­g dan Pesawat A400M dilengkapi dengan keupayaan taktikal terkini yang membolehka­n TUDM melaksanak­an pelbagai operasi ketenteraa­n dan kemanusiaa­n di dalam dan luar negara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia