Berita Harian

PERKESO beri subsidi majikan saring pekerja

-

Kuala Lumpur: Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO) bersetuju memberikan subsidi kepada majikan yang menjalanka­n ujian saringan COVID-19 pekerja mereka.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan, berkata subsidi RM200 juta itu diluluskan oleh PERKESO bagi ujian saringan COVID-19 yang dilakukan menerusi Program Saringan Prihatin (PSP).

Katanya, majikan boleh membuat tuntutan subsidi RM150 bagi setiap saringan terhadap pekerja mereka yang mencarum dengan PERKESO.

“Kementeria­n Sumber Manusia serta Kementeria­n Kesihatan dan Kementeria­n Kerja Raya bersetuju skop PSP PERKESO diperluask­an dengan menambah bilangan penyedia perkhidmat­an saringan COVID-19.

“Majikan boleh menghantar pekerja mereka menjalani saringan di mana-mana klinik atau hospital yang diluluskan Kementeria­n Kesihatan.

“Menerusi program subsidi ini, pekerja asing dalam sektor pembinaan dan perkhidmat­an kawalan keselamata­n di Selangor dan Kuala Lumpur akan diberi keutamaan untuk menjalani ujian saringan COVID-19,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Saravanan berkata, keutamaan kepada pekerja asing dalam sektor pembinaan dan kawalan keselamata­n itu selaras matlamat kerajaan untuk menjalanka­n saringan COVID-19 secara bersasar.

“Bagi pekerja yang tidak termasuk dalam golongan sasar itu, kos saringan perlu ditanggung oleh majikan sebagai kesinambun­gan kepada usaha pencegahan jangkitan COVID-19 di kalangan semua pekerja di negara ini,” katanya yang memaklumka­n prosedur program subsidi itu akan dimaklumka­n dari semasa ke semasa.

Maklumat lanjut mengenai pengoperas­ian terkini PSP PERKESO akan dimaklumka­n menerusi Portal Prihatin (https://prihatin.perkeso.gov.my) yang disediakan oleh PERKESO.

 ?? (Foto hiasan) ?? Program subsidi ujian COVID-19 utamakan pekerja asing sektor pembinaan dan kawalan keselamata­n.
(Foto hiasan) Program subsidi ujian COVID-19 utamakan pekerja asing sektor pembinaan dan kawalan keselamata­n.
 ?? (Foto hiasan) ?? Penebusan bayaran ganjaran wang tunai untuk 75 hari cuti bagi penjawat awam yang berkhidmat sekurang-kurangnya 15 tahun diumumkan pada Belanjawan 2020.
(Foto hiasan) Penebusan bayaran ganjaran wang tunai untuk 75 hari cuti bagi penjawat awam yang berkhidmat sekurang-kurangnya 15 tahun diumumkan pada Belanjawan 2020.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia