Berita Harian

‘Buka masjid, surau di Zon Hijau’

Kemampuan pihak pengurusan kawal jemaah juga perlu diambil kira

- Oleh Latifah Arifin latifah@bh.com.my

Kuala Lumpur: Ilmuwan Islam tempatan berpendapa­t banyak pertimbang­an masih perlu diberi perhatian oleh pihak berkuasa sebelum membenarka­n masjid dan surau negara ini dibuka untuk ibadat berjemaah, walaupun wabak COVID-19 semakin menurun.

Walaupun berharap masjid dan surau dalam Zon Hijau diberi kelonggara­n yang lebih, untuk tujuan ibadat berjemaah, namun mereka mengakui keperluan prosedur operasi standard (SOP) ketat demi menjaga imej agama Islam sendiri.

Ahli Jawatankua­sa Fatwa Negeri Kedah dan Pulau Pinang, Dr Mohd Hapiz Mahaiyadin, secara peribadi berharap masjid utama dalam Zon Hijau dibuka semula kepada jemaah dengan dikenakan SOP elak penularan jangkitan COVID-19.

Namun, beliau menegaskan langkah itu masih perlu mengambil kira kemampuan pengurusan setiap masjid menguruska­n proses saringan kesihatan terhadap semua jemaah.

Mohd Hapiz yang juga Pensyarah Kanan di Akademi Pengajian Islam Kontempora­ri Universiti Teknologi MARA (UITM) Shah Alam, berkata antara kebimbanga­n adalah kemampuan pengurusan masjid memastikan SOP dipatuhi sepenuhnya.

“Ada masjid di Pulau Pinang yang tidak mampu mengawal jemaah kerana jawatankua­sanya terdiri daripada kalangan warga tua.

“Bayangkan jika jemaah adalah pembawa virus, ia akan menjangkit­i orang lain termasuk jawatankua­sa masjid,” katanya.

Beliau berkata, ada banyak proses perlu dilalui bagi membolehka­n masjid dibuka semula, antaranya mendapat kelulusan daripada Jabatan Agama Islam Negeri

atas syor jabatan mufti.

“Setakat ini, SOP solat jemaah di masjid masih mengguna pakai yang sedia ada iaitu dilaksanak­an bagi solat fardu berjemaah sekadar tiga orang dan solat Jumaat dihadkan kepada 13 hingga 40 orang mengikut negeri masing-masing.

“Pada peringkat Jawatankua­sa Fatwa, kami akan mencadangk­an yang terbaik daripada segi hukum dan pandangan ulama.

“Seterusnya cadangan itu akan dibawa ke peringkat Jabatan Agama Islam Negeri sama ada mereka menerimany­a atau membuat sebarang pindaan.

“Ini berikutan Jabatan Agama

Islam Negeri yang berkuasa dalam urusan agama dengan turut menaungi pengurusan masjid,” katanya.

Katanya, walaupun banyak masjid di luar negara, termasuk Masjid Nabawi di Madinah mula dibuka secara berperingk­at, umat Islam perlu memahami SOP bagi setiap negara yang berbeza mengikut realiti semasa COVID-19.

“Di Malaysia, kita masih perlu melihat kepada data terkini COVID-19 dan mendapatka­n pandangan Majlis Keselamata­n Negara (MKN) dan Kementeria­n Kesihatan (KKM).

“Umat Islam jangan salahkan sistem sedia ada, selagi kita masih ada alternatif lain untuk beribadah.

“Ada kaedah fikah yang menyebut ‘jika tidak boleh buat semua, jangan tinggal semuanya’ kerana Islam itu mudah dan tidak membebanka­n,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Ulama Malaysia (PUM), Dr Mohd Roslan Mohd Noor, berharap kerajaan dapat membuka semula semua masjid dengan menyediaka­n segera SOP yang perlu diikuti.

Beliau berkata, SOP perlu mengambil kira individu yang bermusafir, termasuk penghantar makanan dan pemandu e-hailing untuk dibenarkan solat di masjid ketika bekerja.

“Permintaan membuka semula masjid ini bukan bermakna mengambil mudah terhadap jangkitan COVID-19.

“Bagaimanap­un, sudah tiba masa untuk solat jemaah dan khususnya solat Jumaat dibenarkan di semua masjid.

“Saya cadangkan, kerajaan boleh menetapkan SOP sebagaiman­a tempat awam lain, sama ada menggunaka­n nisbah keluasan kawasan atau mengehadka­n jumlah yang ditetapkan dalam satu masa,” katanya.

Mohd Roslan berkata, wajar bilangan jemaah bagi solat Jumaat ditingkatk­an kepada 40 orang, selari jumlah minimum ditetapkan dalam mazhab Syafie.

Katanya, jemaah juga perlu mengambil langkah serius dengan mematuhi nasihat pakar kesihatan bukan sahaja bagi mengawal tersebarny­a COVID-19 tetapi demi menjaga agama Islam daripada menjadi bahan fitnah.

Dr Mohd Hapiz Mahaiyadin

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia