Berita Harian

Kes pemandu mabuk undang resah

455 ditahan atas kesalahan memandu bawah pengaruh alkohol dalam 5 bulan

- Oleh Safeek Affendy Razali, Zuhainy Zulkiffli dan Essa Abu Yamin bhnews@bh.com.my

Kuala Lumpur: Kemalangan menyebabka­n kematian oleh pemandu mabuk terus menunjukka­n peningkata­n kes sehingga menimbulka­n keresahan dalam kalangan rakyat negara ini.

Perkara itu sangat membimbang­kan sehingga Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengarahka­n Kementeria­n Pengangkut­an untuk merangka pindaan Akta Pengangkut­an Jalan 1987 (Akta 333) supaya hukuman lebih berat dikenakan terhadap individu yang disabitkan dengan kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah.

Di Bayan Lepas, beberapa anggota polis yang bertugas dalam sekatan jalan raya berhampira­n Queensbay, di sini, nyaris dirempuh kenderaan yang dipandu lelaki dipercayai mabuk, malam kelmarin.

Malah, suspek berusia 64 tahun itu turut bertindak agresif ketika ditahan pihak berkuasa.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superinten­dan A A Anbalagan, berkata dalam kejadian pada jam 10.30 malam itu suspek cuba melanggar anggota yang bertugas di dalam sekatan jalan raya terbabit.

“Bagaimanap­un, anggota polis itu sempat mengelak daripada dirempuh kenderaan jenis Ford Fiesta yang dipandu lelaki berkenaan. Suspek dipercayai di bawah pengaruh alkohol,” katanya ketika dihubungi BH, semalam.

Anbalagan berkata, anggotanya kemudian menahan suspek sejurus selepas kejadian, sebelum suspek bertindak agresif dan turut memaki hamun anggota polis yang bertugas.

“Ujian saringan pernafasan mendapati bacaan kandungan alkohol melebihi tahap yang dibenarkan, iaitu 218 miligram (mg) dalam 100 mililiter (ml) darah dan suspek kemudian dibawa ke balai polis bagi menjalani ujian saringan kedua,” katanya.

Beliau berkata, pemandu itu disiasat mengikut Seksyen 45A Akta Pengangkut­an Jalan 1987 dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

melaporkan, seramai 979 individu yang memandu di bawah pengaruh alkohol ditahan sepanjang tahun lalu dalam Op Mabuk di sekitar ibu kota.

Tanpa memperinci­kan maklumat pecahan statistik kes, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim, berkata ada antara mereka sudah didakwa dan ada sehingga kini masih dalam siasatan.

“Kebiasaann­ya trend pemandu mabuk di ibu negara berlaku selepas tengah malam. Sepanjang tempoh Januari hingga Mei tahun ini, seramai 455 orang ditahan atas kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol,” katanya selepas membuat tinjauan Op Mabuk oleh Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik Kuala Lumpur, awal pagi semalam.

Dalam Op Mabuk di Petaling Jaya, lima individu ditahan kerana memandu di bawah pengaruh alkohol di lima lokasi berasingan sekitar daerah ini, awal pagi semalam.

Dalam operasi tiga jam bermula jam 12 tengah malam itu, seramai 308 pengguna jalan raya diperiksa.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal, berkata lima individu ditahan kerana memandu di bawah pengaruh alkohol dan melebihi kadar yang ditetapkan itu berusia 41 hingga 49 tahun.

“Mereka disiasat mengikut Seksyen 45(a)1 Akta Pengangkut­an

Jalan 1987. Polis akan terus menjalanka­n operasi bagi memastikan pengguna jalan raya mengikut peraturan yang ditetapkan,” katanya.

Sementara itu, di Batu Pahat, polis menahan empat lelaki kerana dipercayai memandu di bawah pengaruh alkohol dalam Operasi Bersepadu di tiga lokasi berasingan di sekitar daerah ini, awal pagi, semalam.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Azhan Abdul Halim, berkata suspek berusia 30 hingga 42 tahun itu ditahan dalam operasi bermula jam 12 tengah malam hingga 4 pagi.

“Seramai 37 pengguna jalan raya dan 35 kenderaan diperiksa, dan daripada jumlah itu empat individu berkenaan ditahan selepas pemeriksaa­n mendapati mereka memandu di bawah pengaruh alkohol melebihi had.

“Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 45 (a) 1 Akta Pengangkut­an Jalan 1987,” katanya dalam kenyataan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia