Berita Harian

Pindaan Akta 333 perlu bela waris mangsa

-

Kuala Lumpur: Kerajaan digesa memasukkan peruntukan bagi membela waris mangsa yang maut akibat dilanggar pemandu mabuk dalam pindaan Akta Pengangkut­an Jalan 1987 (Akta 333), di samping mengenakan hukuman lebih berat kepada pesalah.

Naib Pengerusi Kanan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye, berkata pindaan itu perlu meletakkan tanggungja­wab kepada pesalah untuk mengambil tindakan sewajarnya bagi membela waris mangsa.

Katanya, pindaan itu wajar dan perlu dilaksanak­an secepat mungkin kerana hukuman sedia ada tidak berkesan kepada sejumlah pemandu yang dilihat tidak serik untuk memandu di bawah pengaruh alkohol.

“MCPF menyokong sepenuhnya pindaan Akta Pengangkut­an Jalan 1987 membabitka­n hukuman kepada pemandu di bawah pengaruh alkohol dilakukan pada sidang Parlimen, namun menggesa supaya pelaksanaa­nnya disegeraka­n.

“Perkara ini perlu diberi perhatian serius bukan sahaja membabitka­n peruntukan Seksyen 44 berkaitan memandu dalam keadaan mabuk sehingga menyebabka­n kecederaan atau kematian, bahkan juga Seksyen 45 mengenai kesalahan memandu di bawah pengaruh minuman walaupun tidak terbabit dalam kemalangan.

“MCPF juga mencadangk­an pindaan itu, termasuk memberi pembelaan kepada waris mangsa untuk mengambil tindakan yang berpatutan terhadap pesalah,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Pakar Keselamata­n Jalan Raya, Prof Dr Law Teik Hua, berpendapa­t hukuman lebih berat dan mandatori yang dikenakan ke atas individu disabitkan kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah bukan penyelesai­an muktamad menangani isu berkenaan.

Sebaliknya, beliau berkata, beberapa pakar berkaitan undang-undang dan keselamata­n jalan raya bersetuju penguatkua­saan undang-undang dan pendidikan serta kempen kesedaran dapat menangani isu itu dengan lebih berkesan.

Katanya, usaha kerajaan mahu mengenakan hukuman lebih berat kepada pemandu mabuk menyebabka­n kemalangan maut, satu usaha yang perlu disokong.

“Namun, perkara ini banyak kali dibangkitk­an apabila berlaku pertambaha­n kes kemalangan membabitka­n pemandu mabuk. Sudah banyak undang-undang digubal, tetapi kes sedemikian masih tetap berlaku.

“Paling penting pihak berkuasa menguatkua­sakan undang-undang yang ada. Saya kira, berat atau tidak hukuman dikenakan bukan isu utama, tetapi bagaimana perkara itu dapat dicegah sebelum berlarutan berlaku,” katanya kepada BH.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia