Berita Harian

UNISZA rancang konvokesye­n maya

Universiti cadang guna teknologi robot, persidanga­n video

- Oleh Ahmad Rabiul Zulkifli bhnews@bh.com.my

Kuala Nerus: Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA) akan menjadi universiti awam pertama di Malaysia yang melaksanak­an majlis konvokesye­n secara maya menerusi penggunaan teknologi robot dan persidanga­n video.

Naib Canselor UNISZA, Prof Datuk Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan, berkata kepakaran dimiliki kumpulan penyelidik UNISZA membawa kepada kejayaan menghasilk­an robot kedua yang diberi nama ‘Seebaa’ sebagai pasangan kepada Naseem.

“Robot itu dibangunka­n oleh penyelidik UNISZA daripada Kumpulan Penyelidik­an Mechanical, Electronic, Computing and Arts (MECCA) sempena program Karnival Jom Masuk IPT Zon 6 di Kuala Terengganu yang sepatutnya dijadualka­n pada 14 hingga 15 Mac lalu.

“UNISZA bersedia memanfaatk­an kedua-dua robot ini sebagai alternatif sekiranya majlis konvokesye­n secara bersemuka tidak dapat dilaksanak­an susulan pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Pada majlis konvokesye­n itu, Tuanku Canselor akan menganuger­ahkan skrol kepada robot yang mewakili graduan sambil disaksikan mereka secara langsung melalui persidanga­n video dari tempat masing-masing, sama ada di dalam negara atau di luar negara,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Hassan Basri berkata, pendekatan itu sangat relevan ketika dunia berusaha melawan penularan COVID-19 menerusi kaedah penjarakan sosial dan penguranga­n pergerakan yang tidak perlu.

“Melalui alternatif konvokesye­n secara maya itu, majlis konvokesye­n dapat dijalankan dengan selamat dan efektif,” katanya.

Katanya, UNISZA sebelum ini pernah mencipta sejarah tersendiri apabila menampilka­n robot yang diberi nama ‘Naseem’ ketika menyampaik­an skrol pada Majlis Konvokesye­n ke-11, pada Oktober 2019.

Dalam perkembang­an lain, satu video simulasi konvokesye­n secara maya yang dikeluarka­n oleh pihak UNISZA tular di media sosial.

Menerusi video itu, Hassan Basri dilihat menganuger­ahkan skrol kepada dua robot yang mewakili penuntut UNISZA yang

Pada majlis konvokesye­n itu, Tuanku Canselor akan anugerahka­n skrol kepada robot yang mewakili graduan sambil disaksikan mereka melalui persidanga­n video.

Hassan Basri Awang, Naib Canselor UNISZA

mana wajah mereka dipaparkan secara langsung melalui persidanga­n video pada kepala robot berkenaan.

Hassan Basri juga dilihat dapat berinterak­si secara langsung dengan penuntut berkenaan.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia