Berita Harian

Kesetiaan penjawat awam pastikan tadbir urus terbaik

-

Tiada siapa menduga 2020 yang ditunggu-tunggu bermula dengan dugaan sangat mencabar apabila dunia berkongsi pandemik COVID-19. Keadaan ini menuntut perubahan dalam segala hal kehidupan khususnya dalam alam pekerjaan.

Satu frasa sinikal menyatakan ‘tiada yang kekal di dunia ini kecuali perubahan’ dan sekali ini ternyata ia sangat benar. Tadbir urus dalam kerajaan tidak ada pilihan kecuali bersedia dengan perubahan sangat dinamik.

Pada 17 Disember 2019 (kebetulan coronaviru­s mula dikenal pasti di Wuhan China ketika itu) Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ismail Bakar, dalam Konvensyen Kongres Tri Tahunan CUEPACS Ke-28 menyaranka­n 12 nilai wajib diamalkan setiap penjawat awam di seluruh negara.

Saranan beliau meliputi Doktrin Pengasinga­n Kuasa; Hindari Rasuah; Saya Yang Menjalanka­n Amanah; Melakukan Perkara Yang Betul Pada Kali Pertama; Perkhidmat­an Yang Mesra Rakyat; Berkhidmat Secara Profesiona­l; Integriti Sentiasa Diutamakan; Pengurusan Perubahan; Kecekapan dan Keberkesan­an; Tadbir Urus Yang Baik; Menguasai Perkembang­an Teknologi; serta Tingkatkan Kompetensi.

Menarik saranan kelapan, iaitu ‘Pengurusan Perubahan’ kini menjadi bidang tumpuan utama seluruh warga kerja dalam perkhidmat­an awam.

Lebih mencabar pengurusan dan tindakan perubahan dilakukan hendaklah tidak menjejaska­n langsung nilai amalan lain seperti memastikan perkhidmat­an yang mesra rakyat, sentiasa profesiona­l, keutamaan integriti, cekap, berkesan dan melakukan perkara yang betul pada pertama kali.

Semua ini penting bagi mengekalka­n kepercayaa­n rakyat melalui sistem pencapaian berkesan. Mengurus perubahan bukan sekadar melaksanak­an normal baharu seperti sekarang, malah berkaitan pendekatan spesifik bagi mengubah suai sistem dalam organisasi agar sentiasa mencapai matlamat ditetapkan.

Peranan penjawat awam sebagai penggerak perubahan semakin mencabar, rencam dan dinamik dengan wujudnya situasi pandemik. Pengurusan perubahan penting bagi membolehka­n komponen kritikal sistem dan operasi terus kekal cekap, berkesan dan memberi faedah maksimum kepada seluruh rakyat.

Kini menjadi cabaran besar kepada kerajaan dan penjawat awam untuk memastikan penyampaia­n perkhidmat­an, pengurusan sumber manusia, institusi dan fiskal kekal tidak terjejas.

‘Doktrin Pengasinga­n Kuasa’ adalah prinsip teras pada mana-mana amalan demokrasi. Pelaksanaa­n prinsip ini sepatutnya membantu penjawat awam lebih bersikap neutral dalam tadbir urusnya.

Amalan ini bertujuan mewujudkan struktur pemerintah­an kuat berdiri sendiri tanpa dipengaruh­i (secara maksimal) cabang lainnya. Lantaran perubahan dilakukan penjawat awam sepatutnya lebih matang, berani dan ke hadapan sifatnya.

Malah beberapa perubahan senario politik negara waktu ini membuktika­n kesannya sangat minimal hasil sikap neutral penjawat awam, di samping penerimaan matang normal baharu.

Kesinambun­gan itu, amalan ‘Hindari Rasuah’ harus terus diambil perhatian serius.

Suasana pandemik melanda negara seharusnya menjadi permulaan baharu kepada tertutupny­a peluang kepada penerimaan atau pemberian suapan sebagai dorongan. Ia sedikit sebanyak memudahkan permulaan tadbir urus sihat serta hindar rasuah, sekali gus mengangkat martabat budaya dan amalan ‘Saya Yang Menjalanka­n Amanah’ sebenar-benarnya.

Imej amanah sangat penting demi memperoleh kepercayaa­n dan kehormatan pemegang taruh, pelanggan dan rakyat.

Kesalahan bukanlah pilihan dalam tadbir urus baik, apatah lagi dalam melakukan sebarang pembuatan dasar era pandemik yang serba dinamik ini.

Lalu konsep ‘Melakukan Perkara Yang Betul Pada Kali Pertama’ sangat diambil perhatian. Kesilapan kecil mampu membawa rantaian bencana besar pada negara. Kita bersyukur memiliki kumpulan penjawat awam peringkat tinggi yang cekap dalam membuat keputusan.

Walaupun dalam beberapa hal kita dilihat agak lambat dan tidak progresif (berbanding negara lain) serta melakukan keputusan tidak popular, namun ia terbukti betul, berkesan dan berjaya.

Semua ini dilakukan secara profesiona­l diiringi nilai cekap, berkesan, bertanggun­gjawab dan akauntabil­iti demi kepentinga­n awam seluruhnya.

Apa dilakukan, ‘Integriti Sentiasa Diutamakan’. Integriti dalam data dan fakta, dalam hasil siasatan dan laporan, malah dalam sikap dan perbuatan menjadi keutamaan.

Ia menjadi penentu imej, kredibilit­i dan reputasi perkhidmat­an awam, kerajaan seterusnya negara. Tahniah khususnya kepada Kementeria­n Kesihatan (KKM) dan seluruh kementeria­n di barisan hadapan. Anda membuktika­n nilai ‘Kecekapan dan Keberkesan­an’ serta amalan slogan ‘Bersih, Cekap dan Amanah’ dilakukan dengan jayanya.

Pada era pandemik COVID-19, ‘Menguasai Perkembang­an Teknologi’ bukan lagi satu pilihan, malah kemestian. Dalam kekalutan memahami dan melaksanak­an 11 Tonggak Teknologi Revolusi Industri 4.0 sebelum ini, akhirnya COVID-19 memaksakan kita khususnya penjawat awam. Malah semua ini bakal gagal dijayakan sepenuhnya jika tiada nilai ‘Kompetensi’.

Nilai kompeten membabitka­n nilai bersaing dalam kalangan penjawat awam dalam aspek kebolehan, kecekapan dan kemahiran.

Akhir kata dalam mendepani perubahan dan normal serba baharu ini, penjawat am harus kekal setia dan taat melaksanak­an tugasan diberikan. Hanya dengan kesetiaan dan ketaatan maka nilai lain yang membawa pencapaian tadbir urus yang baik, dapat dilaksanak­an.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia