Berita Harian

Lindungi belia daripada manipulasi industri tembakau

-

Hari Tanpa Tembakau Sedunia kali pertama disambut pada 7 April 1988, selepas ketetapan mengenainy­a diluluskan melalui Perhimpuna­n Kesihatan Sedunia, setahun sebelum itu.

Namun pada 1988, satu ketetapan baharu diluluskan yang menetapkan 31 Mei sebagai tarikh sambutan rasmi tahunan untuk perayaan Hari Tanpa Tembakau Sedunia.

Untuk tahun ini, tema khusus Hari Tanpa Tembakau Sedunia dipilih, iaitu ‘Melindungi Belia Daripada Manipulasi Industri dan Mencegah Mereka Daripada Penggunaan Tembakau Serta Nikotin’.

Pemilihan tema ini bertujuan menyedarka­n dunia agar mengurangk­an penggunaan tembakau secara berleluasa.

Ia dijangka memberi kuasa kepada orang berpengaru­h di dunia untuk melindungi belia dan memerangi penyalahgu­naan tembakau.

Tujuan kempen dijalankan untuk menunjukka­n hubungan risiko antara penggunaan produk tembakau dan jantung serta penyakit kardiovask­ular lain.

Selain itu, kempen turut bertujuan meningkatk­an kesedaran lebih luas dalam masyarakat tentang penggunaan tembakau yang memberi kesan negatif melalui asap dilepaskan bukan hanya perokok atau penghisap tembakau, tetapi mana-mana individu yang duduk berhampira­n mereka.

Setiap tahun, lebih tujuh juta pengguna tembakau merana akibat penyakit berbahaya seperti kanser paru-paru, kanser mulut, serangan sakit jantung dan sebagainya.

Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2015 oleh Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) menunjukka­n sebanyak 22.8 peratus atau bersamaan lima juta rakyat Malaysia berusia 15 tahun ke atas adalah perokok atau cenderung untuk merokok.

Peratusan ini tertinggi dalam kalangan rakyat berusia 20 hingga 54 tahun dengan majoritiny­a lelaki, iaitu 43 peratus yang tergolong dalam kumpulan masih produktif sebagai pekerja yang boleh menyumbang kepada pertumbuha­n ekonomi negara.

Lebih 2.8 juta lagi adalah perokok pasif yang menanggung risiko bahaya kesihatan sama seperti perokok aktif. Perokok pasif adalah mereka yang terpaksa menyedut asap dihembus perokok.

Berdasarka­n kajian dilakukan, perusahaan atau syarikat yang memperdaga­ngkan tembakau menyasarka­n golongan belia. Peratusan generasi muda lebih ramai.

Maka segala reka bentuk produk hingga kempen pemasaran disesuaika­n dengan segmen golongan sasar syarikat perdaganga­n itu.

WHO menegaskan industri tembakau banyak memanipula­si belia dengan strategi pemasaran unik dan menarik, agar generasi muda berminat membeli atau mencuba tembakau keluaran industri mereka.

Justeru, kempen kesedaran perlu dijalankan secara serius memandangk­an industri tembakau tidak hanya beroperasi secara konvension­al, tetapi dimodenisa­sikan dengan pemasaran dan promosi melalui rokok elektronik (e-cigar) dan vape secara dalam talian dan media sosial.

Sasarannya adalah belia, termasuk mahasiswa. Justeru, kerajaan perlu melaksanak­an inisiatif konstrukti­f bagi melindungi belia daripada dimanipula­si industri tembakau secara melampau.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia