Berita Harian

Usah kompromi keselamata­n, kesihatan pekerja

- Tan Sri Lee Lam Thye, Pengerusi Ikatan Komuniti Selamat

Kerajaan memberi masa tiga bulan kepada majikan untuk menyediaka­n tempat tinggal dan keadaan hidup sesuai untuk pekerja migran di semua sektor.

Ia seperti diperuntuk­kan di bawah pindaan Akta Piawaian Perumahan dan Kemudahan Minimum Pekerja 1990 yang diluluskan Parlimen pada Julai tahun lalu.

Penguatkua­saan Akta 446 dijadualka­n hari ini, tetapi kini dipanjangk­an sehingga 1 September untuk memberi ruang kepada majikan membuat persiapan diperlukan.

Tahap keterdesak­an untuk menguatkua­sakan undang-undang ini diketengah­kan, memandangk­an keperluann­ya untuk meratakan keluk COVID-19 secara cepat dan berkesan yang mungkin.

Antara lain, akta ini menetapkan standard minimum untuk tempat tinggal pekerja. Pada masa ini, pekerja asing mengalami kesulitan akibat bersesak dalam satu unit perumahan tunggal yang tiada kemudahan asas.

Majikan pada prinsipnya menyambut baik peruntukan baharu itu, tetapi meminta enam bulan penangguha­n untuk dipatuhi. Namun, Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mahu penguatkua­saan dilaksanak­an segera.

Walaupun kebimbanga­n majikan (terutama syarikat pembinaan) munasabah, keselamata­n dan kesihatan pekerja juga amat penting dan tidak boleh dikompromi, lebih-lebih lagi kerana COVID-19 dan pencegahan­nya.

Namun, dalam perbezaan pandangan, pasti ada jalan tengah di mana setiap pihak boleh bertolak ansur antara satu sama lain. Cara untuk mencari situasi ‘menang-menang’ adalah dengan semua pihak berkenaan duduk semeja dan mencari jalan bersama.

Majikan mempunyai waktu cukup sejak September tahun lalu ketika pindaan diwartakan untuk mematuhi peruntukan baharu dan pekerja cukup sabar menunggu. Jadi, sekarang masa untuk menyelesai­kan masalah itu.

Ini kepentinga­n jangka panjang majikan agar dapat melihat berakhirny­a COVID-19 secepat mungkin. Kembalinya virus akan mengganggu aktiviti pembinaan, menyebabka­n lebih banyak kerugian dan kesusahan bagi majikan.

Majikan juga akan diberi ganjaran dari segi produktivi­ti yang lebih tinggi dalam kalangan pekerja sekiranya mereka dilindungi dan keadaan hidup mereka bertambah baik.

Di samping menyelesai­kan standard minimum perumahan dan kemudahan lain untuk pekerja asing, apa yang penting juga agar pekerja dididik mengenai cara menjaga kebersihan dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) di tempat kerja, terutama berkaitan penjarakan sosial atau fizikal dan pemakaian pelitup muka.

Keadaan COVID-19 berterusan tidak hanya mengancam kepentinga­n majikan atau keselamata­n dan kesihatan pekerja. Ia juga mempengaru­hi kesihatan dan kesejahter­aan sesiapa sahaja di jalanan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia