Berita Harian

Kerja pembersiha­n, pasang kepingan besi giat dijalankan

-

Ampang: Kerja pembersiha­n dan pemasangan kepingan besi (sheet pile) sebagai penghadang pergerakan tanah di tebing anak Sungai Sering yang terjejas akibat kejadian tanah runtuh di Jalan Kelab Ukay 4, Taman Kelab Ukay di sini, awal pagi kelmarin giat dijalankan.

Ahli Majlis Perbandara­n Ampang Jaya (MPAJ), Suzana Shahrudin, berkata kerja dimulakan sejak jam 3 petang kelmarin itu dijangka mengambil tempoh seminggu untuk disiapkan.

“Sejak semalam (kelmarin), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengambil tindakan dan mengarahka­n kerja memasang sheet pile dilakukan oleh syarikat kontraktor yang dilantik di sepanjang jarak 70 meter anak Sungai Sering yang terjejas.

“Kejadian tanah runtuh kecil di tebing anak Sungai Sering sebelum ini pernah dilaporkan berlaku oleh penduduk di Taman Bukit Mulia pada November tahun lalu, dan perkara itu juga dirujuk kepada JPS.

“Mereka (JPS) bertindak cepat, namun proses mendapatka­n peruntukan mengambil sedikit masa dan sepatutnya pada pertengaha­n Mac lalu kontraktor yang dilantik memulakan kerja pembaikan, namun tertangguh akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi kelmarin, sebahagian cerun bukit di belakang rumah penduduk di kawasan berkenaan, kira-kira 50 meter ke anak Sungai Sering yang terletak di Jalan Mulia 1/1 Taman Bukit Mulia, runtuh susulan hujan berterusan.

Sebanyak tujuh unit rumah teres dua tingkat di situ turut terjejas menyebabka­n 40 orang daripada lima keluarga dipindahka­n

Kerja pemasangan kepingan besi dimulakan sejak jam 3 petang kelmarin itu dijangka mengambil tempoh seminggu untuk disiapkan.

Suzana Shahrudin, Ahli MPAJ

atas faktor keselamata­n.

Tinjauan BH di kawasan cerun bukit yang runtuh mendapati, beberapa pekerja syarikat ukur sedang menjalanka­n kerja pengukuran untuk menghasilk­an pelan pembinaan tembok penghadang, sebelum kerja pembinaan dilakukan.

Di tebing anak Sungai Sering pula, kontraktor yang dipertangg­ungjawab sedang memasang sheet pile sepanjang sembilan meter ke dalam tanah di tebing sungai berkenaan menggunaka­n jentera Excavator Long Arm.

Sementara itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor membuat rondaan berkala bagi memantau pergerakan tanah di kawasan kejadian.

Pengarahny­a, Norazam Khamis, berkata pemantauan itu dilakukan sebagai langkah berwaspada berdepan cuaca yang tidak menentu ketika ini.

“Anggota kita akan bergegas ke kawasan itu jika hujan lebat melebihi setengah jam. Rondaan lain juga akan diadakan di kawasan cerun serta berisiko dilanda banjir kilat,” katanya kepada BERNAMA.

 ?? (Foto BERNAMA) ?? Jentera melakukan kerja pemasangan kepingan besi menghadang pergerakan tanah di tebing anak Sungai Sering.
(Foto BERNAMA) Jentera melakukan kerja pemasangan kepingan besi menghadang pergerakan tanah di tebing anak Sungai Sering.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia