Berita Harian

Bimbang keretakan makin serius

Rekahan pada dinding rumah makin besar, penduduk harap tiada lagi pergerakan tanah

- Oleh Nor Azizah Mokhtar bhnews@bh.com.my

Kuala Lumpur: Penduduk yang terjejas dalam kejadian tanah runtuh di Taman Kelab Ukay, Bukit Antarabang­sa di sini, bimbang keretakan di kediaman mereka akan menjadi semakin serius.

Normal Serin, 55, yang ditemui BH, semalam, berkata keretakan pada bahagian dapur kediamanny­a akibat kejadian awal pagi kelmarin dilihat semakin ketara semalam.

“Kaki lima di belakang rumah memang sudah runtuh semuanya dan hari ini (semalam) saya nampak rekahan keretakan pada dinding semakin besar.

“Ibaratnya keretakan semalam selebar batang jarum, hari ini ia semakin lebar umpama sebatang pen,” katanya.

Beliau dan tujuh lagi ahli keluargany­a kini ditempatka­n sementara di Hotel De Palma dan pulang sebentar, semalam, untuk memeriksa keadaan rumah serta mengambil pakaian dan beberapa barangan keperluan lain.

“Saya serta beberapa penduduk lain akan pulang ke kediaman masing-masing sekurang-kurangnya sehari sekali untuk meme

Normal di hadapan rumahnya

riksa keadaan rumah.

“Kami semua berharap tiada lagi pergerakan tanah akan berlaku kerana kita bimbang keretakan akan menjadi semakin serius,” katanya.

Katanya, pihaknya maklum Majlis Perbandara­n Ampang Jaya (MPAJ) bersama agensi lain kini bertungkus-lumus untuk menyelesai­kan masalah tanah runtuh berkenaan.

Ketika ini, empat keluarga dikatakan berpindah sementara ke Hotel De Palma manakala satu lagi keluarga yang terjejas menumpang di rumah saudara mereka.

“Segala makan minum sepanjang kami berada Hotel De Palma diuruskan oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan pihak hotel.

“Semua lima keluarga yang terjejas turut mendapat sumbangan kecemasan dan buat masa ini, kebajikan kami semua terbela. Kami amat berterima kasih kepada semua pihak termasuk pemimpin masyarakat yang membantu,” katanya.

Seorang lagi penduduk yang enggan dikenali, berkata beliau dan keluargany­a kini masih dalam proses mencari kediaman sementara susulan kerja pembinaan tembok penghadang yang akan mengambil masa enam bulan.

“Bukan mudah nak mencari kediaman sementara yang benar-benar sesuai dalam masa singkat kerana perlu memikirkan beberapa faktor.

“Kalau boleh kami tidak mahu mencari kediaman yang jauh kerana kami perlu pulang setiap hari untuk melihat keadaan rumah dan tempat bekerja anak juga tidak jauh dari sini,” katanya.

Kelmarin, tujuh rumah teres dua tingkat di Jalan Kelab Ukay 4, Taman Kelab Ukay terjejas selepas berlaku tanah runtuh di bahagian belakang kediaman terbabit.

 ??  ?? Beberapa juruukur menjalanka­n tugas pengukuran kediaman di Taman Kelab Ukay, Bukit Antarabang­sa. untuk pelan pembinaan tembok penghadang di belakang
Beberapa juruukur menjalanka­n tugas pengukuran kediaman di Taman Kelab Ukay, Bukit Antarabang­sa. untuk pelan pembinaan tembok penghadang di belakang
 ??  ?? Kelab Ukay. yang terjejas akibat tanah runtuh di Taman
Kelab Ukay. yang terjejas akibat tanah runtuh di Taman

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia