Berita Harian

Hujahan pembelaan kes SRC hari ini

-

Kuala Lumpur: Mahkamah Tinggi hari ini akan mula mendengar hujahan pembelaan dalam kes pecah amanah, menyalahgu­nakan kedudukan dan pengubahan wang haram dana RM42 juta milik SRC Internatio­nal Sdn Bhd dihadapi bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali menetapkan selama tiga hari bagi mendengar hujahan di akhir kes pembelaan itu.

Mahkamah sebelum ini menetapkan pada 18 hingga 20 Mei lalu bagi tarikh pendengara­n, bagaimanap­un melapangka­n tarikh berkenaan selepas kerajaan menguatkua­sakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara.

Prosiding akan bermula dengan pihak pembelaan mengemukak­an hujahan sebelum dibalas oleh pasukan pendakwaan dan diakhiri dengan hujahan balas pembelaan.

Pada 11 Mac lalu, pihak pembelaan menutup kesnya selepas memanggil 19 saksi untuk memberikan keterangan dalam prosiding yang berlangsun­g selama 33 hari bermula pada 3 Disember tahun lalu.

Selain Najib, antara saksi utama pembelaan lain ialah bekas Ketua Setiausaha Perbendaha­raan Tan Sri Mohd Irwan Serigar

Abdullah; bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom; bekas Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman; bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali; dan dua bekas Ketua Pesuruhjay­a SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad dan Latheefa Koya.

Pada 11 November tahun lalu, Mohd Nazlan memerintah­kan Najib membela diri terhadap tiga dakwaan pecah amanah jenayah (CBT), tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan salah guna kuasa.

Najib didakwa pada 4 Julai tahun lalu atas tiga tuduhan pecah amanah dan satu tuduhan salah guna kuasa membabitka­n dana SRC Internatio­nal berjumlah RM42 juta.

Pada 8 Ogos tahun lalu pula, beliau dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tiga tuduhan pengubahan wang haram membabitka­n jumlah dan dari dana sama.

Ahli Parlimen Pekan itu didakwa melakukan kesalahan terbabit antara 17 Ogos 2011 dan 2 Mac 2015.

Pendakwaan mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009 dan sabit kesalahan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama, iaitu penjara maksimum 20 tahun dan denda sehingga lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, atau mana yang lebih tinggi.

Pasukan pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya ad-hoc Datuk V Sithambara­m manakala peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah adalah peguam utama pihak pembelaan.

 ??  ?? Laporan disiarkan BH 12 Mac lalu.
Laporan disiarkan BH 12 Mac lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia