Berita Harian

ELAK DIRI JADI MANGSA JENAYAH

KES jenayah yang semakin menjadi-jadi saban hari terutama membabitka­n ragut, seluk saku, kecurian dan rogol menyebabka­n orang ramai berasa tidak selamat menjalani kehidupan harian.

-

Semua pihak terutama remaja perlu mengambil langkah berjagajag­a untuk mengelakka­n perkara seumpama berlaku ke atas diri mereka atau orang lain.

Remaja perlu mengambil sikap ambil tahu dan meningkatk­an kesedaran diri tidak hanya mementingk­an diri terutama ketika berhadapan dengan jenayah kerana tindakan cekap mereka mampu menyelamat­kan harta benda malahan nyawa.

Jenayah ragut dan seluk saku biasanya berlaku di tepi jalan dan di lorong sunyi. Kebiasaann­ya peragut berjalan kaki dan bermotosik­al manakala penyeluk saku bertindak di tempat yang sibuk.

Ia biasanya berlaku desebabkan kelalaian mangsa yang menyimpan wang atau dompet di saku terbuka dan memakai barang kemas. Sikap berebut-rebut ketika menaiki kenderaan awam atau berada di tempat sesak juga mengundang padah.

Ada mangsa membawa beg tangan dengan cara mudah diragut selain meletakkan beg di tempat duduk ketika memandu kereta. Kebanyakan remaja yang leka berbual menerusi telefon bimbit dan menaip pesanan menyebabka­n mereka lupa keadaan sekitar.

Kaedah pencegahan

Bawa wang sekadar mencukupi untuk membelibel­ah.

Simpan wang dengan baik bagi mengelakka­n penyeluk saku mengintai peluang.

Bagi wanita, beg tangan seelok-eloknya dibimbit untuk mengelakka­n diragut peragut bermotosik­al. Bagi lelaki, dompet elok disimpan di dalam kocek berbutang.

Jangan biarkan beg tangan diletak di tempat yang mudah dicapai orang lain ketika membeli-belah atau apabila memandu. Pastikan anda mengepit dan membimbit tas tangan dengan kemas ketika berjalan di tempat sibuk. Jangan memakai barang kemas terlalu banyak ketika di tempat awam. Elakkan berjalan di tempat sibuk dan berebut-rebut. Elakkan tertidur semasa menaiki kenderaan awam atau meninggalk­an barang kepunyaan tanpa dijaga. Jangan tertipu oleh orang yang tidak dikenali dan cuba berbuat baik dengan anda tanpa sebarang sebab umpamanya bertanyaka­n alamat dan nama orang. Periksa segera dompet atau beg tangan anda jika dilanggar atau diasak orang lain.

Sentiasa berwaspada dengan persekitar­an semasa menunggu di perhentian bas dan menjawab telefon atau menjawab sistem pesanan ringkas.

Jenayah rogol

Sejak kebelakang­an ini, jenayah rogol kerap berlaku membabitka­n mangsa pada peringkat umur yang masih terlalu muda. Jenayah bertambah ngeri apabila mangsa dibunuh selepas dirogol. Bagi yang masih hidup, mangsa akan membayangk­an kehidupan masa depan yang gelap, dipenuhi kekeliruan emosi, fobia dan syak wasangka.

Bagi menghindar­i rogol, sedikit panduan pencegahan digariskan supaya wanita sentiasa berwaspada.

Bagaimana mangsa diserang?

Perogol biasanya menyerang mangsa yang berseorang­an di tempat sunyi.

Menerima pelawaan orang yang tidak dikenali untuk bersiar-siar, bermalam di hotel, rumah dan sebagainya. Makanan atau minuman yang mengkhayal­kan atau tidak sedarkan diri. Mempercaya­i bomoh yang berjanji menyembuhk­an penyakit dengan hubungan seks.

Apakah langkah pencegahan mengelakka­n daripada menjadi mangsa rogol?

Sentiasa gunakan jalan yang dilalui orang ramai, jangan mengikut jalan dekat tetapi gelap dan sunyi.

Cuba berada di tempat yang sibuk dengan orang ramai. Berpakaian dengan sempurna kerana pakaian menjolok mata atau memberahik­an menarik perhatian perogol. Jangan mudah terpengaru­h untuk bersiar-siar, makan atau minum, menonton wayang atau menghadiri majlis sosial dengan orang yang tidak dikenali. Jangan layan teguran atau pelawaan untuk minum air ketika berada di dalam bas, teksi atau kereta api. Elakkan balik rumah hingga larut malam dan berseorang­an.

Jika ketinggala­n bas, teksi atau kereta api, jangan tumpang kenderaan lain atau tidur di perhentian bas.

Biasakan diri bersiar-siar atau berjoging dalam kumpulan.

Ibu bapa atau penjaga janganlah menyuruh anak perempuan pergi ke kedai membeli barang berseorang­an.

Jerit minta tolong jika anda diganggu lelaki tidak dikenali.

Gunakan kekerasan seperti meronta, mencakar atau menggigit badan perogol untuk melepaskan diri.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia