Berita Harian

8 TIP ELAK BAZIR ELEKTRIK

KETIKA kos hidup kian meningkat, pasti ramai antara kita yang mencuba sedaya boleh untuk meminimumk­an penggunaan elektrik dan air harian.

-

Secara amnya, menjimatka­n penggunaan air adalah lebih mudah kerana tidak berkait penuh dengan keperluan perkakasan lain.

Berbanding elektrik, kita seolah-olah terikat dengan sumber tenaga yang satu ini dalam menyempurn­akan keperluan perkakasan rumah.

Tidak kira peti sejuk, lampu, kipas, ketuhar gelombang mikro, penyaman udara, televisyen, pemanas air, telefon, waima periuk nasi dan cerek sekali pun memerlukan sumber elektrik untuk berfungsi.

Justeru, bagaimana hendak berjimat? Adakah kita perlu menjauhi semua peralatan ini?

Sebenarnya, banyak tip penjimatan dikongsi Kementeria­n Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KETTHA) untuk meringanka­n beban kos hidup rakyat yang kian terhimpit.

Sebagai langkah permulaan, anda boleh jadikan lapan tip utama berikut sebagai panduan harian.

1.

Padamkan lampu dan perkakasan elektrik jika tidak digunakan, termasuk televisyen dan komputer yang sering ditinggalk­an dalam keadaan ‘sleep mode’.

2.

Elakkan penggunaan penyaman udara pada suhu melampau. Selaraskan suhu antara 22 hingga 26 darjah Celsius untuk mencapai keselesaan optimum.

3.

Jika kekerapan penggunaan penyaman udara tidak dapat dielakkan, pastikan penapis udara dalam keadaan bersih. Ini bagi mengelakka­n unit penyaman udara menggunaka­n tenaga lebih untuk bekerja.

4.

Pertimbang­kan pemasangan langsir atau filem penapis haba pada cermin tingkap dan pintu bagi mengelakka­n kemasukan cahaya matahari secara terus.

5.

Pilih peti sejuk yang menepati keperluan keluarga serta mempunyai label tenaga. Label berkenaan adalah indikator penting untuk menilai kadar prestasi penggunaan sesuatu peralatan elektrik.

6.

Elakkan menyimpan makanan yang masih panas ke dalam peti sejuk, kerana ia memaksa perkakasan anda untuk bekerja lebih keras.

7.

Pertimbang­kan penggunaan lampu LED untuk pencahayaa­n di dalam rumah kerana ia mampu menjimatka­n tenaga elektrik sehingga 50 peratus.

8.

Masak air menggunaka­n dapur gas kerana ia lebih murah dan efisien.

Selain tip di atas, anda juga boleh mengubah rutin harian seperti menggosok dan membasuh pakaian.

Umpamanya, seterika yang banyak sekali gus untuk mengelakka­n pembaziran pemanasan semula seterika setiap kali digunakan.

Bagi kerja mencuci pakaian, anda mungkin patut membeli mesin basuh muatan depan sekiranya membasuh dengan kerap.

Ini kerana ianya 15 peratus lebih cekap tenaga dan menggunaka­n 40 peratus kurang air berbanding mesin basuh muatan atas.

Bagaimanap­un, mesin basuh muatan depan lebih mahal daripada muatan atas. Selamat mencuba!

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia